Showing posts with label Bukan nak ampu. Show all posts
Showing posts with label Bukan nak ampu. Show all posts

18 August 2009

Kerajaan masuk neraka, dia masuk syurga.. bebas bagaimana pula?

Teman terbaca blog dan surat khabar hari ini.. Sekali lagi isu seperti ini ditimbulkan lagi. Pada penyokong beliau tentunya bersetuju dengan pendapat dan "fatwa" yang baru keluar dari mulut beliau. Tapi pada yang "terkena" pasti berasa marah dan tidak puas hati mendengar kata-kata tersebut dilemparkan kepada parti mereka dan penyokong-penyokongnya.
Aii teman baca lagi dan baca lagi.. Isu seperti ini teman dah dengar semenjak tahun 1998 lagi..
Menjatuhkan hukum haram dan neraka serta kafir kepada orang lain.. dan adakah semua itu dilakukan hanya untuk politik? Teman ada juga bertanya kepada sahabat teman yang menyokong parti tersebut. Dia pun tak setuju atas apa yang dinyatakan sedemikian.. tapi bila teman tanya kenapa sokong? Dia jawab "entah"... hah tu la sesetangah belia skang ni.. ikut-ikutan aje.. lantaklah..
Tapi pada pendapat teman lah, tak tahu pendapat orang lain..
Tak perlulah menjatuhkan segala hukum kepada orang lain seperti kita pula yang akan menentukan kemana hala tuju mereka selepas mati.. Andai menyokong beliau masuk syurga.. kesian pula pada teman yang tidak menyokong mana-mana ni.. dan macam mana pula dengan mereka yang menyokong parti bebas tu? Kemana mereka nak tuju?
Maaf jika post teman mencuit hati mahupun membakar api..
tapi itu hanya pendapat teman sahaja..
Wallahualam

19 June 2009

Kerajaan Perpaduan?



Bila mendengar desas-desus Kerajaan Perpaduan yang dicadangkan oleh Tuan Hj. Hadi Awang satu ketika dulu, ianya hanyalah cadangan peribadi beliau ikut kata Tuan Guru Niz Aziz. Namun semenjak dua menjak ini teman dengar lagi cadangan itu dari Tuan Hj. Hadi. Meskipun begitu tentangan tetap ada pada cadangan tersebut terutama dari Musyidul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz. Ehmm... ikut kata beliau itu tidak akan berlaku.
PM pula menyambut baik cadangan tersebut namun masih berminat untuk mendengar akan skop sebenar Kerajaan Perpaduan. Err.. teman dengar lagi.
Teman juga tidak beberapa faham akan hal @ maksud sebenar Kerajaan Perpaduan itu. Tapi pada fahaman teman yang seciput (sikit) ini rasenye seperti ada petanda baik dalam perpaduan.
Kerjasama yang bakal dilakukan diantara pemimpin tidak kira parti dalam memacu negara Malaysia bersama-sama pasti membuahkan hasil yang positif. Sekaligus menghapuskan sejarah silam yang kurang manis diantara kedua-dua parti besar tersebut (PAS UMNO).
Lagipun pada pandangan teman ini.. perpaduan membawa maksud berpadu atau "together" dalam bahasa orang putihnye. Dalam apa pekara pun yang dilakukan secara bersama akan membawa kesan yang lebih baik dan berkesan serta cepat berbanding dilakukan sendiri.
Ehm... apa pun teman tetap menyambut baik akan cadangan Tuan Hj. Awang itu kerana teman sukakan pekara yang bersatu padu dan tidak berpecah belahan.

P/s:- macam lebih kurang hasrat PM untuk jadi Satu Malaysia.

03 April 2009

Selamat Memimpin Ver. 2

Selamat Datang kepada Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 6. Teman tahu ramai blogger2 tanah air kita sudah mengeluarkan entri pasal beliau kini. Tapi tak apalah teman pun nak turut serta.
Dan selamat beristirehat kepada Datuk Seri Diraja Abdullah Ahmad Badawi yang telah pun berkeputusan untuk bersara sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 5 lalu. Namun jasa dan kebaktian Datuk Seri Diraja kepada sekian umat Malaysia tidaklah dilupa jangan. Segala kebaikan semoga Allah S.W.T membalasnya.
Kini Malaysia disuntik lagi dengan vaksin baru, tenaga dan semangat baru. Kepimpinan baru walaupun sudah lama.
Diharap Datuk Seri Najib kita dapat memimpin kita dan Malaysia di tangga kejayaan. Teman pun tahu juga, tugas pemimpin seperti Perdana Menteri bukan semudah ketua darjah ataupun Pengerusi Persatuan. Tugas yang berat dan sangat hebat. Semua orang boleh sandang, tapi hanya yang betul2 sahaja yang boleh bawa dan junjung amanat itu. Tahniah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dan sekali lagi Datuk Sri Najib Tun Razak dalam kebangkitan awalnya telah memutuskan beberapa perkara baik sebagai Perdana Menteri ke-6 Malaysia.

1) Membebaskan tahanan ISA yang diharap2kan oleh pihak lagi satu..
2) Membubarkan sekatan penerbitan 2 akhbar untuk pihak yang lagi satu tu..
3) Akan mengkaji semula ISA

Itu satu petanda baik, demokrasi yang ditunjukan DSN pada Malaysia, dan lebih penting dalam waktu sekarang DSN pula beriltizam untuk menjadikan "One Malaysia". Teman tak beberapa faham erti yang terkandung dalam idea beliau tersebut.. tapi teman menyambut baik kerana seperti ada harapan baru yang muncul. Harap Melayu tidak kira fahaman politik boleh bersatu dan membantu dalam kemajuan Negara.

10 February 2009

Kisahnya Karpal Singh

Karpal Singh sudah mula tunjuk taring, sudah berani cabar Sultan. Sudah berani cabar semua orang dari mengambil tindakan terhadapnya. Ketidak percayaan beliau terhadap Anwar Ibrahim mula meluak-luak. Ketidak puas hatinya kepada Lim Kit Siang juga sudah timbul gara2 dia tidak diendahkan oleh mereka.
Teman sebagai orang Perak dan orang melayu cukup berasa kesal dengan sikap yang ditunjukan oleh Karpal Singh di sidang medianya yang disiarkan di TV3 pada 8 aribulan ari itu. Stement yang dibuatnya cukup pedih bila didengar. Tindakannya yang bercadang untuk menyaman Sultan Perak dilihat seperti derhaka dan biadap terhadap Sultan Perak dan rakyat Perak sendiri. Abis pikior ape dia..
Begini ke contoh seorang peguam dan rakyat Malaysia.. pemimpin Parti DAP pulak tuu.. Bertaubatlah Karpal.. jangan pandai cakap aje. Sultan Perak mempunyai kuasa dalam menentukan siapa yang tuanku perlu lantik dan perkenan. Tuanku jugalah yang memperkenankan Nizar dulu semasa dilantik menjadi MB Perak. Kerajaan di Perak juga atas perkenan tuanku. Bila timbul spekulasi dan sokongan mula berkurangan di Perak keatas Nizar.. Apa lagi, tu pun tak faham2 ke.
Walaupun teman bukan seorang peguam dan ahli politik, tapi sebagai rakyat Malaysia dan rakyat Perak kita tidak patut menentang Sultan dalam apa jua cara sekalipun. Ini bukan zaman Hang Tuah dan Hang Jebat. Lagipun Sutan Azlan Shah adalah Ketua Peguam Negara satu ketika dahulu.. Baginda tahu apa yang diputuskan dan dititahkan. Daulat Tuanku!

21 January 2009

Alangkah bertuahnya badan

Sudah lama teman tidak balik ke rumah pusaka tinggalan keluarga teman di kampung, tiadalah apa yang mengembirakan sangat. Tiada siapa yang tampil menyambut kedatangan teman ni.. hanya kedengaran bunyi tikus berlari di atas siling rumah yang boleh kedengaran dari luar. Hai.. mengeluh teman.
Inilah akibatnya jika rumah ditinggalkan, bakal dihuni tikus dan cicak. Harap2 jgn ada "penghuni" lain yang tidak diundang langsung datang menghuni bersama teman.. huhuhu tegak bulu rome. Rumah teman berdiri dengan infrastruktur yang agak moden ketuaan. Diatas papan dibawah batu. Tidak besar tapi boleh muat 2 keluarga. Tapi kini hanya teman sahaja yang duduk. Teman jika pulang pasti akan menghadap peti surat terlebih dahulu. Memeriksa surat mahupun bil. Alhamdulliah hampir 3 bulan juga teman tidak perlu membayar bil elektrik, kerana bil teman hanya berkumandang sekitar RM 3 sahaja sebulan. Terima Kasih Pak Lah kerana memberi kelonggaran kepada rakyat Malaysia. Tak perlu bayar bil elektrik jika bawah RM 20.. Teman suke benor. Ate x payah bayor. Bukan sahaja membantu golongan miskin, golongan yang berpindah-randah macam teman nie juge kire bertuah. Bil air seperti biasa RM 6 sebulan. Bagai tak pernah guna air. Pun kire beruntung juge nie.. masyukk!
Bila teringat hal-hal begini, barulah teman sedar yang ada jasa yang kerajaan sudah tabur kepada rakyat. Jalan raya, bantuan sekolah, MARA, ASB ehh macam2 lagi. Beruntung jadi rakyat Malaysia. Terima Kasih Pak Lah dan terima kasih kepada pemimpin2 yang terdahulu.

P/S: Lepas nie mungkin bil elektrik teman tidak lagi bawah RM20 kerana teman main komputer sampai 2 ~ 3 pagi setiap hari.. adui