19 June 2009

Kerajaan Perpaduan?



Bila mendengar desas-desus Kerajaan Perpaduan yang dicadangkan oleh Tuan Hj. Hadi Awang satu ketika dulu, ianya hanyalah cadangan peribadi beliau ikut kata Tuan Guru Niz Aziz. Namun semenjak dua menjak ini teman dengar lagi cadangan itu dari Tuan Hj. Hadi. Meskipun begitu tentangan tetap ada pada cadangan tersebut terutama dari Musyidul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz. Ehmm... ikut kata beliau itu tidak akan berlaku.
PM pula menyambut baik cadangan tersebut namun masih berminat untuk mendengar akan skop sebenar Kerajaan Perpaduan. Err.. teman dengar lagi.
Teman juga tidak beberapa faham akan hal @ maksud sebenar Kerajaan Perpaduan itu. Tapi pada fahaman teman yang seciput (sikit) ini rasenye seperti ada petanda baik dalam perpaduan.
Kerjasama yang bakal dilakukan diantara pemimpin tidak kira parti dalam memacu negara Malaysia bersama-sama pasti membuahkan hasil yang positif. Sekaligus menghapuskan sejarah silam yang kurang manis diantara kedua-dua parti besar tersebut (PAS UMNO).
Lagipun pada pandangan teman ini.. perpaduan membawa maksud berpadu atau "together" dalam bahasa orang putihnye. Dalam apa pekara pun yang dilakukan secara bersama akan membawa kesan yang lebih baik dan berkesan serta cepat berbanding dilakukan sendiri.
Ehm... apa pun teman tetap menyambut baik akan cadangan Tuan Hj. Awang itu kerana teman sukakan pekara yang bersatu padu dan tidak berpecah belahan.

P/s:- macam lebih kurang hasrat PM untuk jadi Satu Malaysia.

2 comments:

Fatin Baharum said...

nk gabung kot.
so, xde la melayu mcm kena tindas sgt.
kot?

CIVIC Power said...

To Fatin Nabila

Hah pandai pun mike...