04 November 2009

Kerana Cinta Ver. 2

Kerana cinta wat aku rasa nak pegi Jamming!


video

Kenapa singer off key?
kenapa Cameraman rakam bahagian belakang?
Ahh lantak lah......

01 November 2009

Kerana cinta

Sudah lama berkenalan, sudah lama berkawan, akhirnya bercinta, usaha menjaga hubungan sebaik mungkin, tidak berlaku curang atau gatal-gatal kulit.
Sudah berjanji untuk mendirikan masjid impian. Sudah bercadang berjumpa keluarga, sudah beli cincin belah rotan sebagai tanda.
Namun semuanya hampa belaka.
Cinta yang selama ini ditatang bagai minyak tak tumpah akhirnya tumpah jugak. Kasih yang sekian lama dipupuk akhirnya dimasuki bubuk macam dalam beras tu. Tak elok untuk dimasak jadi nasi. Nasi da jadi bubur....
Cincin tanda sudah dibeli, namun tak da siapa nak pakai lagi dah.. dan si dia pun tak berpeluang merasa memakai cincin tersebut setelah dia menyarungkan cincin pertunangan, tapi cincin dari pihak orang lain.
1) Kerana cinta orang boleh jadi kaya raya:- Taj Mahal.
2) Kerana cinta orang boleh jadi miskin papa kedana:- Kasim selamat.
3) Kerana cinta orang boleh sakit otak:- "Orang-orang bahgia".
4) Kerana cinta jugaklah orang dikecewakan.
Ada yang bagi alasan "tak da jodoh, ang sabaq ja la..." tapi tu orang kata, kata memang senang, yang menangung tak senang duduk ada la..
Aii apa-apa pun teman gembira sebab kalau tengokkan post yang lalu itu menandakan dah berbulan teman tak update blog teman.. kini teman kembali dan ingin membawa banyak cerita baru buat kawan-kawan blogger semua. Muehehe!

30 August 2009

Ramadhan yang Berkat

Alhamdulillah, bertemu lagi teman dengan bulan ini. Bulan Ramadhan yakni bulan selepas bulan Syaaban.. hehehe
Kalau ikut kalendar ianya jatuh pada bulan Ogos 2009..
Di bulan ini semua umat Islam di seluruh dunia akan dan wajib menjalani ibadah puasa, dan pada malam harinya ramailah yang akan ke Masjid tak pun surau-surau bagi mendirikan solat sunat Tarawih berjamaah. Bulan puasa ialah bulan yang melatih umatnya menjadi sabar dan berdisiplin. Dibulan ini juga amalan baik akan dibalas dengan berlipat kali ganda ganjarannya oleh Allah S.W.T.
Aiih rase teman ramai yang tahu hal ni ye tak....
Teman berpendapat dan merasai sendiri hal ni masa bulan puasa...

1) Teman tak rase selapar dan sedahaga berbanding bulan2 yang lain...?????
2) Duit poket teman "save" le jugak kalau nak dikire berbanding belanjawan teman bulan lepas...
3) Berat badan pun da kembali mantain "macho".. ehekeke
4) Pengambilan rokok pun susut juga ekoran berpuasa ni...
5) Dapat makan moreh kat Masjid yakni bulan2 lain tak ade pun..

dan banyak lagi pekara yang terselindung yang teman tak sedar..
Apa-apa pun bulan Ramadhan adalah bulan yang berkat, bulan yang bawa banyak kebaikan..
Tak pernah teman dengar orang mati kerana berpuasa.. hah usah "ngembong"..

Harapan teman agar segala amal ibadah kita diterima olehNYA. Selamat Berpuasa dan Selamat Beribadah dari teman buat semua..
"Sembahyanglah kamu dibelakang Imam sebelum kamu disembahyangkan dihadapan Imam"

Ngembong :- Tipu/bohong/liar

18 August 2009

Kerajaan masuk neraka, dia masuk syurga.. bebas bagaimana pula?

Teman terbaca blog dan surat khabar hari ini.. Sekali lagi isu seperti ini ditimbulkan lagi. Pada penyokong beliau tentunya bersetuju dengan pendapat dan "fatwa" yang baru keluar dari mulut beliau. Tapi pada yang "terkena" pasti berasa marah dan tidak puas hati mendengar kata-kata tersebut dilemparkan kepada parti mereka dan penyokong-penyokongnya.
Aii teman baca lagi dan baca lagi.. Isu seperti ini teman dah dengar semenjak tahun 1998 lagi..
Menjatuhkan hukum haram dan neraka serta kafir kepada orang lain.. dan adakah semua itu dilakukan hanya untuk politik? Teman ada juga bertanya kepada sahabat teman yang menyokong parti tersebut. Dia pun tak setuju atas apa yang dinyatakan sedemikian.. tapi bila teman tanya kenapa sokong? Dia jawab "entah"... hah tu la sesetangah belia skang ni.. ikut-ikutan aje.. lantaklah..
Tapi pada pendapat teman lah, tak tahu pendapat orang lain..
Tak perlulah menjatuhkan segala hukum kepada orang lain seperti kita pula yang akan menentukan kemana hala tuju mereka selepas mati.. Andai menyokong beliau masuk syurga.. kesian pula pada teman yang tidak menyokong mana-mana ni.. dan macam mana pula dengan mereka yang menyokong parti bebas tu? Kemana mereka nak tuju?
Maaf jika post teman mencuit hati mahupun membakar api..
tapi itu hanya pendapat teman sahaja..
Wallahualam

25 June 2009

Syoknye kalau sehebat Man Kidal

Teman pegi jamming malam tadi, ingat nak main saje..
teman bersama-sama ahli kumpulan teman abih ati le kirenye main semalam..
tapi ada pulak yang snap lagu ni..
Namun teman tau dan teman akui.
Kepada Abg. Man Kiedal dan Lefthanded serta para blogger sekalian, teman minta maaf jika telah "menghancurkan" lagu Abg. Man Kidal "Sentuhan kidal" yang hebat tu..
Ahh teman tak bole lagi wat appregios!
Gerrrraaammmm betul!

Err kepada Tuan Leman pemilik Studio Jamming Langkap, kami juge minta maaf kerana buat Tuan mengantuk.... ekehehhhhh...

:- Sila dengar lagu sebenar dari Man Kidal Lefthanded (Sentuhan Kidal)
dan pastikan yang original

video

19 June 2009

Kerajaan Perpaduan?



Bila mendengar desas-desus Kerajaan Perpaduan yang dicadangkan oleh Tuan Hj. Hadi Awang satu ketika dulu, ianya hanyalah cadangan peribadi beliau ikut kata Tuan Guru Niz Aziz. Namun semenjak dua menjak ini teman dengar lagi cadangan itu dari Tuan Hj. Hadi. Meskipun begitu tentangan tetap ada pada cadangan tersebut terutama dari Musyidul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz. Ehmm... ikut kata beliau itu tidak akan berlaku.
PM pula menyambut baik cadangan tersebut namun masih berminat untuk mendengar akan skop sebenar Kerajaan Perpaduan. Err.. teman dengar lagi.
Teman juga tidak beberapa faham akan hal @ maksud sebenar Kerajaan Perpaduan itu. Tapi pada fahaman teman yang seciput (sikit) ini rasenye seperti ada petanda baik dalam perpaduan.
Kerjasama yang bakal dilakukan diantara pemimpin tidak kira parti dalam memacu negara Malaysia bersama-sama pasti membuahkan hasil yang positif. Sekaligus menghapuskan sejarah silam yang kurang manis diantara kedua-dua parti besar tersebut (PAS UMNO).
Lagipun pada pandangan teman ini.. perpaduan membawa maksud berpadu atau "together" dalam bahasa orang putihnye. Dalam apa pekara pun yang dilakukan secara bersama akan membawa kesan yang lebih baik dan berkesan serta cepat berbanding dilakukan sendiri.
Ehm... apa pun teman tetap menyambut baik akan cadangan Tuan Hj. Awang itu kerana teman sukakan pekara yang bersatu padu dan tidak berpecah belahan.

P/s:- macam lebih kurang hasrat PM untuk jadi Satu Malaysia.

05 June 2009

YAMAHA Bass


* Yamaha 4 Strings BASS

Alhamdulliah, sekali lagi teman telah memecahkan tabung modified teman (tin milo) untuk mengeluarkan dana bagi mendapatkan benda ini. Tidak apa yang istimewanya si dia jika nak dibandingkan dengan abang2nya yang mempunyai 5 @ 6 tali. Namun dia tetap penting dalam menghasilkan tone BASS bagi mereka yang main band. Tak de benda alah ni, alamatnya tak best le lagu tuu..
Bass selalu dikaitkan dengan kawan rapatnya en. drum. lagi best kalau drum tersebut mengunakan double padle. Alamak bestnyeeeeerrrrr... Bass ini tidak sesuai nak bawak lagu2 jazz kerana talinya yang terhad.. namun jika nak bawak lagu metal dan juga lama2. Insyallah boleh le dibawak berbincang.. hahaha....
Teman sekali lagi telah menunaikan hajat teman nak mendapatkan beliau.. namun masih ada lagi beberapa perkara nak teman dapatkan bagi memenuhi kehendak seterusnya...

aiii mana le teman nak "cekau" duit nak wat studio nih...