21 January 2009

Alangkah bertuahnya badan

Sudah lama teman tidak balik ke rumah pusaka tinggalan keluarga teman di kampung, tiadalah apa yang mengembirakan sangat. Tiada siapa yang tampil menyambut kedatangan teman ni.. hanya kedengaran bunyi tikus berlari di atas siling rumah yang boleh kedengaran dari luar. Hai.. mengeluh teman.
Inilah akibatnya jika rumah ditinggalkan, bakal dihuni tikus dan cicak. Harap2 jgn ada "penghuni" lain yang tidak diundang langsung datang menghuni bersama teman.. huhuhu tegak bulu rome. Rumah teman berdiri dengan infrastruktur yang agak moden ketuaan. Diatas papan dibawah batu. Tidak besar tapi boleh muat 2 keluarga. Tapi kini hanya teman sahaja yang duduk. Teman jika pulang pasti akan menghadap peti surat terlebih dahulu. Memeriksa surat mahupun bil. Alhamdulliah hampir 3 bulan juga teman tidak perlu membayar bil elektrik, kerana bil teman hanya berkumandang sekitar RM 3 sahaja sebulan. Terima Kasih Pak Lah kerana memberi kelonggaran kepada rakyat Malaysia. Tak perlu bayar bil elektrik jika bawah RM 20.. Teman suke benor. Ate x payah bayor. Bukan sahaja membantu golongan miskin, golongan yang berpindah-randah macam teman nie juge kire bertuah. Bil air seperti biasa RM 6 sebulan. Bagai tak pernah guna air. Pun kire beruntung juge nie.. masyukk!
Bila teringat hal-hal begini, barulah teman sedar yang ada jasa yang kerajaan sudah tabur kepada rakyat. Jalan raya, bantuan sekolah, MARA, ASB ehh macam2 lagi. Beruntung jadi rakyat Malaysia. Terima Kasih Pak Lah dan terima kasih kepada pemimpin2 yang terdahulu.

P/S: Lepas nie mungkin bil elektrik teman tidak lagi bawah RM20 kerana teman main komputer sampai 2 ~ 3 pagi setiap hari.. adui

14 comments:

Pok Li said...

Rumah tinggal pun kena dijaga, kalau tidak menyembah bumi.

CIVIC Power said...

To Pok Li

Tulah resam dunia pok li, sebut pasal rumah. Reban ayam teman udah pon menyembah bumi.. kui3x

GELIgeli said...

ok tuan..nak lagi untung..masuk etika takaful..nanti teman uruskan..jgn tak masuk..

CIVIC Power said...

Hehe
To Geli2

Teman cadang nak masuk Tabung Haji, termakan kempen En. PPD kite

sharamli said...

spatutnya dy kurangkn tarif...bkn wt cmtu..s0n0k la 0rg yg bilnya bwh rm20[sdikit rs ketidakpuasan ati]
hik3

CIVIC Power said...

To Sharamli

Kita tidak le boleh mengharap semuanya best belaka. Nti kite jadi x best akhirnya. Janji ada bende yang jarang2 berlaku buat kite jadi best.. hehe

Dakjaat™ said...

cam sedey jer.. hahahaha! ;p

razor said...

wah, kena buat baik ni. boleh duduk free..hehe..

bila nak berdua. tak la sunyi sangat.

cakap ngan cermin! heh.

BudAk hijAu said...

asal umh aku xpenah bil bwh rm20 ha...???

xpaham!!hahahahha...

fahana_ann said...

hehehe..jaga2 lah rumah tu,sat g ada yang masuk..teringat rumak kat kampung dulu pun kosong tak de orang nak jaga..huhuhu.sedihnyer,..rumah tu dah tak de
itulah kita ni, tak reti nak bersyukur..tak tengok orang lain yang lebih susah dari kita.(keluar daripada kerajaan/politik dan swaktu dgnnya)..
bila nlagi nak bayar bil tinggi2 ya tak?:)

CIVIC Power said...

To Dakjaat

Teman tengah sedey campur happy nie.. huhu

To Razor

Nak berdua kene kawin, tapi wet x de.. sya mesti piley.. kui3x!

To Budak Ijau

Nak RM 20 kebawah memang susah, kalu da peti ais running 24 jam memang susah juge.

CIVIC Power said...

To Farhana

Ish mike nie, teman tengah suke bayor sikit mike suroh bayor banyak.. ini x aci

jejakaterang said...

den tumpang gembiro kerano kau tau bersyukur,bukan apo...kek luar tu masih ramai hamba allah yang tau bersyukur.bolaja-bolajalah bersyukur kerano nanti rezeki di tambah tuhan

CIVIC Power said...

To Jejaka Terang

Teman pun pandai mengucapkan terima kasih