03 April 2009

Selamat Memimpin Ver. 2

Selamat Datang kepada Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 6. Teman tahu ramai blogger2 tanah air kita sudah mengeluarkan entri pasal beliau kini. Tapi tak apalah teman pun nak turut serta.
Dan selamat beristirehat kepada Datuk Seri Diraja Abdullah Ahmad Badawi yang telah pun berkeputusan untuk bersara sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 5 lalu. Namun jasa dan kebaktian Datuk Seri Diraja kepada sekian umat Malaysia tidaklah dilupa jangan. Segala kebaikan semoga Allah S.W.T membalasnya.
Kini Malaysia disuntik lagi dengan vaksin baru, tenaga dan semangat baru. Kepimpinan baru walaupun sudah lama.
Diharap Datuk Seri Najib kita dapat memimpin kita dan Malaysia di tangga kejayaan. Teman pun tahu juga, tugas pemimpin seperti Perdana Menteri bukan semudah ketua darjah ataupun Pengerusi Persatuan. Tugas yang berat dan sangat hebat. Semua orang boleh sandang, tapi hanya yang betul2 sahaja yang boleh bawa dan junjung amanat itu. Tahniah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dan sekali lagi Datuk Sri Najib Tun Razak dalam kebangkitan awalnya telah memutuskan beberapa perkara baik sebagai Perdana Menteri ke-6 Malaysia.

1) Membebaskan tahanan ISA yang diharap2kan oleh pihak lagi satu..
2) Membubarkan sekatan penerbitan 2 akhbar untuk pihak yang lagi satu tu..
3) Akan mengkaji semula ISA

Itu satu petanda baik, demokrasi yang ditunjukan DSN pada Malaysia, dan lebih penting dalam waktu sekarang DSN pula beriltizam untuk menjadikan "One Malaysia". Teman tak beberapa faham erti yang terkandung dalam idea beliau tersebut.. tapi teman menyambut baik kerana seperti ada harapan baru yang muncul. Harap Melayu tidak kira fahaman politik boleh bersatu dan membantu dalam kemajuan Negara.

20 comments:

mugiwara said...

khutbah hari ni pun cakap pasal kepimpinan.....
ada lagi tak kepimpinan macam saidina umar agaknya?

joegrimjow said...

selamat selamat
smoge malaysia terus aman

sharamli said...

d0akan malaysia trus aman damai..

a L i y a said...

yes,semoga Malaysia terus maju ke hadapan di bawah pimpinan beliau...hentikan rasuah di sana sini..tegakkan keadilan,jgn main tangkap jerk,uikss

fahana_ann said...

blogger ikut prkembangan smasa..hikhik.tapi aku tak isi plak..ape pun,harap, barisan pimpinan negara sam2 bekerja dgn telus..huhu..betullah kata pengomen pertma..mana kepimpinan saidina UMAR..

CIVIC Power said...

To Mugiwara

Setakat ini tiada lagi agaknya
Klu ada tentu lebih bahagia
Namun belum tentu orang boleh
ikut ketegasannya yang teramat tegas.

CIVIC Power said...

To Joe

Semoga selamat semuanya

CIVIC Power said...

To Sharamli

Kekalkan kemerdekaan dan perpaduan ini.

CIVIC Power said...

To Aliya

Bukan senang nak basmi itu semua.
Tapi teman percaya, klu semua
dok pakat jadi baik
Tentu aman dunia.

CIVIC Power said...

To Farhana_Ann

Blogger da macam wartawan x bergaji da..
Saidina Umar sudah lama tiada
Bakat kepimpinannya tiada siapa lagi yang nak bawa walaupun Menteri IRAN.

fahana_ann said...

yg pnting minat dan kepuasan diri..nak kongsi somthng dgn org lain..dah cukup brmakna bile sam2 brkongsi maklumat..hehe..gaji kat akhirat kalau yang dsampaikan tu betol..hehe..

CIVIC Power said...

To Fahana_Ann sekali lagi

Betol..betol..betol.. (upin&ipin)

Berkongsi yang baik insyaallah dapatnya baik.
Berkongsi Jahat dapatnya jahat..

Fatin Baharum said...

hope malaysia aman, tu je, ;)

nazirul mubin said...

kesian sirul kena hukum gantung...semua kan dimita pertaanggnjwbnya

makan_nasi said...

ermmm...tak kisahla sapa pemerintahnya..janji jalankan hukum Islam dan yg paling penting bangsa melayu tetap harum di bumi Malaysia ini walaupun saling bergaduh sesama sendiri...Melayu Leka Hilang Kuasa...(Bilerla gaji nak naik nie...)

nEmO said...

nemo no komen...sbb PM baru ni banyak sejarah hitamnya...

CIVIC Power said...

To Fatin Nabila

Semoga aman damai

CIVIC Power said...

To Nazirul Mudin

Takde bukti

CIVIC Power said...

To makan nasi

Extream le tue. Naik gaji tapi keje takuk tu..

CIVIC Power said...

To Nemo

Tak ade orang selain Rasul yang perfect. Teman pun ada sejarah kelabunye.