02 March 2009

Musik itu HARAM?

Aii bertemu kembali.. sekian lama teman diam diri.. x sempat nak tengok blog pun da kerana sebok semenjak minggu lalu.. oleh kerana ilham itu datang secara tetiba, maka teman mencuri sedikit masa untuk menaip keyboard ini sekali lagi demi post teman.. Kali ini agak pedas sikit dan mungkin cakap aje.. tapi ada yang teman nak kupas la pada rakan2 sekalian.
MUSIK itu HARAM? @ Alat MUSIK itu yang HARAM?
Ini yang pening.
Ini yang serba-serbi terpalit kat diri ini..
Musik pada orang adalah bunyi yang dihasilkan oleh segala apa yang ada di atas dan dibawah bumi ini. Musik juga lebih dikenali sebagai alunan bunyi dan gabungan suara yang sedap dan dipanggil lagu. Namun terdapat perkara2 perkara yang membuatkan semua ini menjadi TIDAK BOLEH pada kita.
Dalam pada pendapat teman, sekiranya musik tidak pernah ada maka dunia mungkin akan mengalami masalah bunyi yang mendatar dan sama nada. Tiada siulan burung, tiada deruman angin dan bunyi air laut menghempas batu dan pantai. Tiada dan tiada dan hanya yang ada cuma satu bunyi yang mendatar.. Tiada kuat dan tidak lemah.
Namun musik juga membuatkan orang lalai dan leka. Leka dengan alunan musik dan suara. Hanyut dalam rentak yang dibuat dan ada juga yang membuat2 rentak itu bagai terlalu meriah (estacy). Ada juga lebih suka mendengar muzik ketika membaca atau memandu kereta. Semua ini boleh juga dikatakan menjadi teman kepada manusia yang tidak pekak.
Dalam islam pula musik @ bunyi yang dihasilkan oleh alat musik seperti serunai, seruling @ apa sahaja yang ditiup dan di petik bertali yakni contohnya gitar akan menjadikan jatuh hukum haram JIKA bermainnya sehingga melalaikan. Ehm.. teman ada juga gitar tong di rumah. Tapi entahla.. dan bercadang juga mahu beli Fender Stratocaster sebuah.. ehm lagi laaaaa..

p/s:- Musik tidak salah pada teman, kerana bila bersanji dan bermarhaban juga perlukan alunan suara yang betul agar pembacaannya menjadi sedap dan menarik perhatian sipendengar. Qari dan Qariah juga menbacakan ayat suci Al-Quran dengan alunan yang menarik dan sedap.
Alat musik memang melalaikan pada teman, cuma sendiri kena ingat diri sendiri.

4 comments:

sharamli said...

t0l2..
dgrla muzik yg xmelalaikan...
hu3..

CIVIC Power said...

To Sharamli

Mike suka dengar lagu ape?

Fatin Baharum said...

tol gak..
dgr saja skdr dengar, xde pe kot..

CIVIC Power said...

To Fatin Nabila dan semua rakan2 blogger

Harap jangan kecil hati, teman sebok semnjak2 ni.. mahu juga datang melawat blok mike semua..
Nie pun bakal x menjengah blog dalam seminggu ini.. Almaklum aje lah..
Perak da nak dekat pilihan raya..
Maka sebok juge..
Harap ketemu nnti..
Wassalam!