Showing posts with label Dunia Artis. Show all posts
Showing posts with label Dunia Artis. Show all posts

02 March 2009

Musik itu HARAM?

Aii bertemu kembali.. sekian lama teman diam diri.. x sempat nak tengok blog pun da kerana sebok semenjak minggu lalu.. oleh kerana ilham itu datang secara tetiba, maka teman mencuri sedikit masa untuk menaip keyboard ini sekali lagi demi post teman.. Kali ini agak pedas sikit dan mungkin cakap aje.. tapi ada yang teman nak kupas la pada rakan2 sekalian.
MUSIK itu HARAM? @ Alat MUSIK itu yang HARAM?
Ini yang pening.
Ini yang serba-serbi terpalit kat diri ini..
Musik pada orang adalah bunyi yang dihasilkan oleh segala apa yang ada di atas dan dibawah bumi ini. Musik juga lebih dikenali sebagai alunan bunyi dan gabungan suara yang sedap dan dipanggil lagu. Namun terdapat perkara2 perkara yang membuatkan semua ini menjadi TIDAK BOLEH pada kita.
Dalam pada pendapat teman, sekiranya musik tidak pernah ada maka dunia mungkin akan mengalami masalah bunyi yang mendatar dan sama nada. Tiada siulan burung, tiada deruman angin dan bunyi air laut menghempas batu dan pantai. Tiada dan tiada dan hanya yang ada cuma satu bunyi yang mendatar.. Tiada kuat dan tidak lemah.
Namun musik juga membuatkan orang lalai dan leka. Leka dengan alunan musik dan suara. Hanyut dalam rentak yang dibuat dan ada juga yang membuat2 rentak itu bagai terlalu meriah (estacy). Ada juga lebih suka mendengar muzik ketika membaca atau memandu kereta. Semua ini boleh juga dikatakan menjadi teman kepada manusia yang tidak pekak.
Dalam islam pula musik @ bunyi yang dihasilkan oleh alat musik seperti serunai, seruling @ apa sahaja yang ditiup dan di petik bertali yakni contohnya gitar akan menjadikan jatuh hukum haram JIKA bermainnya sehingga melalaikan. Ehm.. teman ada juga gitar tong di rumah. Tapi entahla.. dan bercadang juga mahu beli Fender Stratocaster sebuah.. ehm lagi laaaaa..

p/s:- Musik tidak salah pada teman, kerana bila bersanji dan bermarhaban juga perlukan alunan suara yang betul agar pembacaannya menjadi sedap dan menarik perhatian sipendengar. Qari dan Qariah juga menbacakan ayat suci Al-Quran dengan alunan yang menarik dan sedap.
Alat musik memang melalaikan pada teman, cuma sendiri kena ingat diri sendiri.

13 January 2009

Ohh Memey...



Memey Suhaiza/ Norman Hakim Abby Abadi


Melihat pada tajuk diatas 2 seperti "gatey" plak teman nie.. tapi sebenornye teman sje aje nak letak tajuk cam 2.. atenye ye.. kui3x
Nie nak cerite le skit.. Teman sje gatey nak tengok tv sebab sume kwn2 staff teman yg berkaum hawa dok sebok meluahkan perasaan marah n x puas hati kepada Memey yang diundang sebagai tetamu WHI (wanita hari ini TV3). Teman nengok le sekejap.
Uish mcm2 le soalan diajukan kepada Memey yang rata2 cuba menyalahkan Memey dalam Kes Penceraian Norman Hakim dan Abby Abadi. Ade juge penonton yang membuat panggilan tepon menanyakan sendiri soalan dan ade juge yang memberi semangat kepada Memey..

Cian Memey teman tengok dia.. Udah nangis Memey teman tengok..

Apa komen teman le cite dia nie.. Teman x tau nak komen ape.. Dunia artis nie macam2 bende ade. Cerai 2 teman udah selalu dengor kat tv melibatkan artis Malaysia.
Tapi teman percaye ramai wanita2 yang diluar sana terutamanya yang sudah berkawin akan menyalahkan Memey tidak ketinggalan juge yang lelaki.. Bagi mereka Memey adalah perosak rumah tangga orang. Ai entah le..

Teman tadi ndak juge memberi pandangan kat TV3 tapi tepon2 tak dapat..
Ate kome ade ke nak beri pendapat ?