24 February 2009

Perpaduan Nasional

Malaysia yang kita serba serbi tahu mempunyi 3 bangsa besar iaitu Melayu, Cina, dan India. Terdapat juga suku bangsa orang asli iaitu bumiputra dan bumiputra Sabah serta Sarawak. Suku kaum di Malaysia mengamalkan perlbagai adat dan pegangan keagamaan seperti Islam, Budha, Hindu dan perlagai lagi.
Malaysia terbentuk daripada perpaduan yang jitu kearah kemerdekaan dahulu dan kesinambungan nilai murni itu dibawa sehingga kini..
Apa akan berlaku jika perpaduan antara kaum tidak dijadikan amalan dan tidak dikekalkan oleh setiap rakyat di Malaysia?

Adakah negara akan jadi terlampau Maju?
Adakah negara akan menjadi aman dan terlalu damai?
Adakah rakyat akan hidup selesa dan terlalu seronok?

Tidak dan semua ini tidak akan berlaku seperti perkara diatas ini. Kesemua itu akan bertukar menjadi segalanya tidak baik pada pandangan,dan perasaan kita...

Keburukan tiada Perpaduan Nasional

1. Sosial menjadi teruk, perbalahan kaum
- Pergaduhan dan persilisihan faham antara etnik dan suku kaum
2. Negara jadi kacau bilau
- Pembunuhan berlaku akibat rusuhan kaum. Negara jadi haru biru.
3. Ekonomi tidak stabil dan teruk
- Melihat perkara buruk yang berlaku di Malaysia, pelabur asing tidak melabur ke Malaysia.
4. Pendidikan terjejas dan kejayaan terbantut
- Kerana pergaduhan, pendidikan juga terjejas dan terberhenti.
5. Politik hancur dan Kerajaan diguling
- Rakyat mula menyalahkan kerajaan kerana tidak berjaya menangani masalah perkauman.
6. Kemungkinan negara akan kembali dijajah seperti 51 tahun lebih dahulu.
- Penjajahan berlaku kerana negara hancur dan tidak berjaya dalam perpaduan.

Hah tule ape yang akan berlaku jika kita tiada perpaduan, teman pun tak pikior teman ada sampai sekarang nih jika perpaduan antara kaum yang tok nenek moyang kite dulu tak dipertahankan. Namun ada juga kelibat-kelibat yang tidak bertanggungjawab dalam cubaan untuk menghancurkan perpaduan ini. Mereka2 yang kurang hajor ini patut ditentang dan dikekang bersama2 agar perpaduan masih kekal teguh diantara semua kaum di Malaysia.

P/s:- Teman gemor makanan india iaitu roti canai kuah kari banjir. Tak ketinggalan juge makanan orang cina macam Mee Wantan dan Char Kuew Tiow. Tapi teman x pernah lupe akan makanan kegemaran teman.. sebagai anak jati Perak.. teman cukup gemor makan nasi gulai tempoyak kat Restoran Tasek Raban depan stadium IndraMulia Ipoh... uih abih hati teman.. tapi teman idakle sampei mengketedarah..
dan teman rase kalau kita tidak pernah ada kesemua bangsa ini di sini, mungkin kita tak pernah merasai kesemua nikmat yang kita dapat dalam bersama2, dan mungkin Malaysia tidak dinamakan Malaysia agaknye..

Teman juge percaya bahawa Ah Chan dan Rajoo mungkin tidak dapat makan nasi lemak andai bangsa2 seperti mereka dahulu tidak berpadu bersama bangsa Melayu untuk menentang penjajahan British, Jepun dan Komunis. Syabas rakyat Malaysia.. dan terima kasih kerana menjaga dan mengamalkan nilai2 murni di Malaysia.

15 comments:

GELIgeli said...

Tips untuk perpaduan ialah banyakkan bersabar..kerana bersabar itu subur tak sabar itu masuk kubur.

CIVIC Power said...

To Tuan geli2

Haha masuk kubur tu yang x mau tuu

ikan emas said...

Sesama kaum , sesama jiran pun kena berpadu juga. Sekarang pertelingkahan dalaman lagi hebat

Pok Li said...

Bila kita melupakan tonggak kepada kejayaan dan pencapaian negara sekarang iaitu perpaduan. Tunggulah kebinasaannya.

CIVIC Power said...

To Pok Li

Tu yang kita takuti tu pok li,
perpaduan ini penting dalam hidup bermasyarat..
Sembahyang jumaat pun x sah klu 40 jemaah tidak bersatu padu mengimarahkan masjid

Princess Liyana said...

btol tu!kalau tkde perpaduan, hancurlah kan..porak peranda negara ni..

salam kenal;)

melayuangkat said...

Assalamualaikum anakku,

ya jelas sekali perpaduan ujud dikalangan rakyat Malaysia sehingga sekarang ini, Alhamdulillah.

Mak cik pun ramai kawan kawan dari berbilang kaum. Namun persahabatan kami ada batas dan hadnya kepada yang Non Muslim.

Orang Melayu memang baik hati dan sabar terutama dengan bangsa lain, tahap toleransi orang Melayu amat tinggi. Dalam usaha mencapai keamanan dan keharmonian, memang kita semua kita berkorban dan bekerja sama dan bersatu.

CIVIC Power said...

To Princess Lyana

Amalkan sikap perpaduan ini
untuk masa depan negara dan
generasi yang baik.

razor said...

aku tak racist

CIVIC Power said...

To Melayuangkat

Terima kasih puan..
Teman sokong kata2 puan..
Orang Melayu banyak sabarnya

CIVIC Power said...

To Razor

bagus to razor..

fahana_ann said...

betul lah,,aku sokong sangat ni..aku sayang malaysia,,kepelbagaian yang masih dirasai keharmoniannya..tak dekat tempat lain..sayangnya,janganlah sampai jadi gaduh..aku seronok tengok cafe mamak kat sini yang ada pelbagai kaum dalamnya,,pelajar luar negara pun duk masuk sekali..cafe tu mesti selalu penuh..
kalau tak de prpaduan..em,,entahla...

CIVIC Power said...

To Farhana Ann

Tu le mike pun kene le amik peranan sebagai rakyat Malaysia dan menjada perpaduan ini tidak kira kaum..

Kdang2 walupun kita dok sebok menjaga perpaduan antara kaum.. Kaum sendiri pula berselisih faham..
Ate sape yang terkanjei...
Kite dan keluarge kite juge..

.fatin nabila. said...

tp, sesama melayu susah nk capai perpaduan skrg..
pas + umno, pyh kan..
untuk bela bangsa dan agama jgk..

CIVIC Power said...

To Fatin Nabila

tu le sikap melayu sendiri dan tersendiri dari zaman parameswara lagi dah ada cam 2.. aiiiii