06 March 2009

Buli

Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) mencadangkan konsep senior-junior di asrama dihapuskan kerana berpendapat ia adalah faktor penyumbang kepada kejadian gengsterisme di sekolah. Kementerian Pelajaran sebelum ini telah melaksanakan pelbagai langkah menangani isu buli dan samseng "taik kucing" pelajar sekolah dengan pelbagai tindakan disiplin tapi masih tidak beri kesan positif kepada pelajar2.
Sekarang kita selalu dengar kes buli berlaku disekolah yang disiarkan di kaca TV kaca tak pun plasma, di dada akhbar x pun skrin henset yang boleh memainkan video 3GP. Semua ini berkisar kepada kes pukul, sepak dan buli antara pelajar-pelajar sekolah menengah. Isu merokok dan ponteng sekolah dan macam suam2 kuku. Walaupun masih di tegah tapi lagi mahu membuatnya.. aiii mengeluh teman tengok generasi sekarang. Memang tidak disangkal lagi anak2 sekarang lebih maju dari anak2 dahulu. Kepesatan teknologi dan maklumat membuatkan generasi kini lebih kehadapan dan maju.. celik aje dame dan ada komputer internet. Bangun2 tido aje di gerakkan oleh alarm handfone yang canggih x macam teman dulu alarmnya adalah teriakan arwah mak teman.. Serba serbi moden untuk anak2 sekarang. Teman dulu main basikal keliling kampung, anak sekarang main motor keliling pekan. Tapi zaman teman dulu kes buli ada juga cuma tak seteruk ini, buli zaman teman dulu setakat "pow" duit dan kuih. Tak sampai naik tangan dan kaki. Tapi lihat sekarang.. sampai pecah kepala dan lutut gara2 "awek" dan "pakwe" serta ada juga kes tak berpuas hati kerana "poyo". Ape ke jadahnya poyo?
Tapi inilah yang terjadi, kes seks bebas antara segelintir pelajar pun masih teruk lagi.. sekarang ditambah pula dengan kes buli yang meruncing. Langkah-langkah untuk memansuhkan seniority itu mungkin ada pro dan kontranya pada teman. Baik untuk melunaskan sikap ke ABANGAN dan dalam masa yang sama meruntuhkan sikap hormat-menghormati antara pelajar. Sama-samalah menangani sikap teruk ini. Tiada gunanya menunjukan kekuatan dan kesamsengan "taik kucing" semasa di sekolah. Tiada faedah dan kemajuan pun. Teman dulu cuba2 untuk menjadi "taiko" masa sekolah tapi tak kesampaian bila bapak teman sendiri lebih "tailo" dari teman.
Maka teman menyeru kepada adik2 teman yang berada di bangku sekolah lagi supaya tidak perlulah melibatkan diri pada gejala buruk ini. Cabaran hidup lebih dasyat dari samseng diri sendiri. Belum tentu kesamsengan kamu menjadikan kamu bahagia dan maju dalam hidup. Malah menjadi kebencian masyarakat. Beringatlah!

P/s: Teman dulu selalu kene penyepak penerajang oleh "bos" teman kerana degil suka mandi parit sehari suntuk. Kene sebat batang ubi dengan arwah mak teman sebab tak faham2 erti kepayahan hidup kami. Teman cuma minta Rm 1 je masa tu... aii betul kata orang tua, sayang anak dirotan2, sayang bini ditinggal-tinggalkan.. kesian bini selalu kene tinggal... pulak dah.

21 comments:

Dakjaat™ said...

student skg dengan dulu pun sama jer .. takde bezanya kan .. zaman kita pun ada gak gaduh2.. tapi ape puncanya? hal kecik dijadikan hal besar .. rebut paper la.. rebut pemadam la rebut awek la dan sebagainya.. oleh kerana ego bebudak sekolah ni tinggi sangat maka dengan tindakan tanpa berfikir terlebih dahulu mereka terus bergaduh bertumbok dan sebagainya .. bila dah tumbok baru la puas hati . best sangat ke kalau dah puas?? Tambah dosa lagi ada .. sekarang sampai dibelasah hingga mati anak orang .. ni la dia, ego tinggi sangat.. siapa yang patut bertanggungjawab? ibu bapa murid tersebut yang tidak memantau segala kegiatan anak mereka.. bagaimana acuan begitulah anaknya.. tegaknya objek itu maka tegaklah juga bayangnya .. dah perangai bapak macam tu tak heranlah anak dia pun sama.

razor said...

dulu zaman aku sekolah, takde pun buli2 nih..geng2 ada a.

haih

Dakjaat™ said...

ni la masalah pelajar sekolah sekarang.. asek nak gaduh jer.. bila masuk subjek sains dan math PPSMI dah mula runsing macam nak mati .. padahal diri mereka sendiri yang tidak mahu berusaha untuk mempelajari subjek itu dalam bahasa inggeris.. sebaliknya tujuan mereka datang ke sekolah hanyalah untuk bermain dengan kawan2.. itu lelaki.. kalau perempuan plak gile nak bergosip.. mulut boleh mengalahkan orang tua. bukan takat bergosip malah nak tayang badan cantik muka lawa dan sebagainya.. haishhh! hampeh..

Ridzuan Shapie said...
This comment has been removed by the author.
CIVIC Power said...

To Dakjaat

Sekarang pun teruk jugak.. tambah teruk.
Klu budak sekolah bergaduh buli rebut aweks.. budak "besar" bergaduh mulut rebut "kerusi"..
Aiiiiiiii

CIVIC Power said...

To Razor

Ait Geng study ke geng skodeng orang study bawah meja?

CIVIC Power said...

To Dakjaat

Teman setuju!

AzD said...

Salam singgah,
Apa nak jadi dgn budak2 la ni. Eh, gambor tu ape kisahnya? Budak tu kene buli sampai berdarah2.

CIVIC Power said...

To Azd

Terime kasih le krn sudi singgah blog teman nih..

Tu la skng budak2 da makin ganas..
Gambar tu kene belasah ramai2..
Budak sekrang pengecut!

fahana_ann said...

Huhu..aku sbenarnya kehilangan link hari tu tak dapat nak ziarah..dah tu lupe aje nak tengok kat tempat komen..
em,,buli?
tak pernah plak aku kena buli kat sek..prmpuan ok ok..hikhik..tapi untuk bdk laki aku pun boleh nampak lah..cum ekat sek aku dulu tak la teruk..paling sedih..pasal awek pun jadi gaduh..apelah budak sekarng ni..nasib baik aku budak dulu..
timbul plak kes saman2 cikgu..huhu..aku pelik betul..mana kehormatan seorg pendidk bila dah macam tu atau cikgu tu tak ikhlas mengajar.tapi cabarnnya memang makin hebat..huhuu

fahana_ann said...

komen tuk muzik..pada aku tak salah tapi kena pilih yang memang tak salah di sisi agama dan tak melalaikan.aku rase dengo lagu nasyid ok sebab liriknya memang mendidik jiwa..

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

Nyawa macam dh tak berharga sekarang ni...

ska2 ati dia jer pukul anak org sampai mati...

~0~ said...

Dulu dan skang memang jauh bezanya...Buli sana sinun, dulu kitorang panggil belasah je...

Pok Li said...

Saya masih percaya rotan itu ubat terbaik. Walaupun tak pernah dirotan abah. Buli.... cerita yang telah berlaku sejak zaman saya sekolah lagi. Tapi betul budak sekarang tak berani lagi lawan satu sama satu. Semua pakai geng

CIVIC Power said...

TO farhana-ann

Mujur mike x kene buli dulu ye.
Harap mike jgn buli orang lain plak da le

CIVIC Power said...

To BKSB

Budak2 da mula kurang hajar.
Rasa diri da sangat kuat.
Tapi Pengecut. Ramai2 belasah sorang.
Klu zaman teman dulu.. sikap mcam nie orang selalu kata..
"Baik buang benda tu bagi makan anjing"

CIVIC Power said...

To -0-

Dulu bergaduh ade jugak. Bukan x de.
Tapi kes buli x seteruk ini.
X sampai mati.

CIVIC Power said...

To Pok Li

Betul tu Pok Li, teman masa sekolah dulu penah kene penampar dengan cikgu. Sampai sekarang ingat lagi muka cikgu tu. Tapi lain pula bila kene rotan, bukan lagi berdendam tapi lagi hormat kat cikgu yang merotan teman dulu. Sekalung takziah buat keluarga Allahyarham Ust. Sulammuddin.

.fatin nabila. said...

ishk..
gambar tu..
kt mesia or mana tu?
eral or blakon?

CIVIC Power said...

To Fatin Nabila

Mike rase?

FARIE said...

dasyat bdk2 skolah zmn skrg..
zmn farie dlu xde pn kes2 camni..

btw, salam singgah..