26 March 2009

Biarlah aman di Bukit Gantang

Melihat senario politik yang masih belum reda dari awal tahun lalu kini timbul pula satu lagi agenda politik negara.. Bukit Selambau dan Batang Ai akan memperlihatkan pilihan raya kecil disana nanti.. Tidak ketinggalan Bukit Gantang Taiping P. 059 akan menjadi padang bagi calon parti-parti yang bertanding akan mempromosi dan memperjuangkan manifesto Parti mereka. Tidak kira Biru atau Hijau, masing2 mempunyai penyokong dan pengikut setia mereka. Bertungkus lumus untuk menjadi pengerak pilihan raya dan berkempen disana sini nanti. Fenomena pemasangan poster parti adalah agenda wajib bagi sesebuah parti yang akan bertanding.. Namun didalam kemeriahan itu.. masih terdapat cerita haru dan biru boleh didengar disana-sini. Bakal meniti di bibir orang, di dada akhbar, kaca tv dan radio.. Kesemua itu sering diperkatakan mengenai perbalahan, pertelingkahan, ketidak sefahaman dan permusuhan diantara penyokong parti yang berbeza. Ini yang teman tak suka tengok dan dengar..
Biarlah aman di Bukit Gantang ini. Tidak perlu bercakaran dan bergaduh kerana perjuangan parti. Tidak perlu bermasam muka dengan warga tempatan dan bangsa sendiri.. Hanya kerana memperjuangkan parti habis darah berlelehan di dahi. Tiadalah gunanya berbuat demikian, tiada yang untung namun rugi sahaja yang kelihatan.
Berkempen, bertanding secara aman dan makmur. Tiada apa yang perlu diamukan. Jika masing2 tahu erti persaudaraan. Esok lusa berjumpa juga di Kuewtiow Doli tak pun Kuala Sepetang makan mee udang...

P/s:- Teman selalu impikan kedamaian dalam berpolitik walaupun teman tak berpolitik. Gambar diatas teman ambil di laman web. KT dulu.

10 comments:

~0~ said...

Sape pun yang menang yang penting hak rakyat akan terjaga. Bukan takat sembur manifesto merata pas menang senyap.

CIVIC Power said...

To ~0~

Kadang2 bila kita dibawah(sensara) kita berazam untuk membaikan segala yang buruk. Tapi bila kita berada diatas(selesa) kita mudah lupa..

sharamli said...

patut la kit0rg xdibenrakn mas0k bkit gantang..hu3..amat menggerunkn p0litik skrg...

fahana_ann said...

salam,
kalo bace sejarah politik islam..macam mane NABI MUHAMMAD S.A.W berpolitik..mungkin tak dpat ikut semua..konsep politik islam perlu dihayati untuk rasai keamanan dan seronoknyer berpolitik..

CIVIC Power said...

To Sharamli

Demi melancarkan perjalanan untuk pilihan raya kecil P.059 Bukit Gantang. Segala aktiviti luar jabatan adalah ditangguhkan bagi memberi laluan kepada pekara ini. 29 Hari penamaan calon, kebanyakan jalan2 di Taiping akan ditutup.

CIVIC Power said...

To Farhana_ann

Politik sebenarnya ada pro n cons.. susah nak kata yang mana benar dan yang mana tipu kerana politik itu sendiri mempunyai maksud dan matlamat yang terbelit dan membelit fikiran.

melayuangkat said...

Assalamualikum anakku,

Sama-samalah kita berdoa yang terbaik buat tanah air kita semua, Semoga Allah swt Selamatkan Bangsa, Agama dan Negara kita.

Dakjaat™ said...

bawa segantang tanah ek .. hahahaha! ;p oit.. bertugas utk PR Kat tempat tu ke wan?????

CIVIC Power said...

To Melayu Angkat

Sama2 lah kita Puan.. teman riso dan kasihan takut2 saudara sendiri yang berbalahan

CIVIC Power said...

To Dakjaat

Shhhhhhhh!