29 March 2009

Kini Kuala Sepetang

Kuala Sepetang, Taiping. Satu tempat lagi yang dok kuar dalam TV. Trademark Kuala Sepetang adalah Mee Udang yang famous. Harga macam-macam ada.. RM 7, Rm 8 dan Rm 12 mengikut kandungan dan saiz udang sepinggan. Teman berpeluang merasai mee ini.. Ternyata hebat seiring dengan khabarnya.. Namun teman tak guna sudu dan garfu nak makan mee ini kerana tak tahu bila nak selesai. Guna tangan aje senang.
Semasa makan, teman melihat lagi senario menjelang pilihan raya P. 059. Kelihatan penyokong2 giat membetulkan bendera parti yang tumbang ditiup angin kerana Taiping selalu hujan dan berangin. Teman pun tak berani juga masuk kedai mana ikut suka. Tengok orang dan situasi.. salah masuk tempat.. teman belum tentu keluar selamat. Namun tak pelah, teman datang makan sahaja. Bukan nak berpiket ke hape.
Taiping memang banyak tempat makanan yang sedap.. disini teman lihat rata-rata gerai makanan menjual kebanyakan hidangan mereka dari resepi bangsa cina. Yong tau foo yang berjual di Food Court bersebelahan balai bomba memang kick giler.. Sotong segar dengan kangkong.. Abih ati teman.. tak ketinggalan juga kerang rebus.
Apa-apa pun kepada rakan2 yang ingin berkunjung ke Taiping.. teman nasihatkan agar berbuat demikian selepas selesai habis pilihan raya kecil disini kerana sini JAM! Susah kome nak cari parking kereta. Penuh giler!

26 comments:

sharamli said...

hu3..
sedap2...sedap lagik laksa..
ekeke...

sampai bgitu skali p0lit0k skg..nk mkn p0n ssh..huh..

Bestari said...

Hebat sangat ke mee udang kuala sepetang ni. Samapi dua tiga blog yang promosi. :)

CIVIC Power said...

To Sharamli

Begitulah yong.. nak cakap pun susah..
nak rasa datang le sendiri..
laksa Kuale le best

CIVIC Power said...

To Bestari

Sedap kerana promosinya hebat..
Tapi klu datang slu dapat tngok orang dok menunggu lama.. ramai wooo

melayuangkat said...

Salam anakku,

Nak sepinggan!!

CIVIC Power said...

Salam Puan,

Boleh.. meh datang Taiping teman belanje.. ate moh le

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

hmmmm.... ok jugak tu.makan jangan tak makan tapi....

CIVIC Power said...

To Otai

Kenapa Tuan? Ada Tapi tu yang nak tau tuu

fahana_ann said...

lapo teman tengok gambo tu..huhu..bila lagi nak ras..hehehe

fahana_ann said...

em..polttik alat untuk lakuka perkara baik atau tak baik..pilihalah yang baik kan..tapi kalo dah kat atas tu..macam2 godaan, cemuhan dan ape2 lagi...

CIVIC Power said...

To Farhana_ann

Klu lapo meh ke Taiping teman belanje.. buleh aje

Politik klu ikut kata peguam..
Politik ni sebenarnye memningkan kepala rakyat aje..

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

adik ku civic

4 huruf " T A P I "..... ada lagi satu lagi 4 huruf keramat yang sukar nak cakap... ooppp....tak mungkin kot tapi yg pasti bukan keliru tapi "true."

CIVIC Power said...

To Otai

Apa2 sajelah OTAI

orangbukit said...

Pernah makan mee banjir udang. Memang sedap..tak mkn char ketiau doly ke?

Baginda Reformasi said...

salam,
nak minta pendapat anda...
Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang meminta agar rakyat tidak menjadikan tiga pilihan raya kecil pada 7 April ini sebagai satu “pungutan suara”
mohyidin bodoh? mohyidin kate PRK 3tpt bukan pungutan suara rakyat..
abis pungutan duit poket die?

fakta telah beritahu..
link:
http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/03/pilihan-raya-malaysia-bijaknya-yab-ds.html

.fatin nabila. said...

ya ampun, lapanya bila tgk, hehe`

CIVIC Power said...

To Orang Bukit

Teman x pernah makan mee udang banjir, kat mane nak dapat tu?
Uih kuew tiow Doly teman da rasa.. best wooo

CIVIC Power said...

To Baginda Reformasi

Insyaallah nati saya lawat.. saya sebenarnya tidak mahu terlibat dalam politik ni sangat.. hanya suka meninjau2 sahaja..
(Free Garment)

CIVIC Power said...

To Fatin Nabila

Sementara nak merasa Mee Udang Kuala Sepetang, mike juge boleh merasa Kuew Tiow Doly kat pekan Taiping nie..
Sedap giler

orangbukit said...

Mee udang kat Kuala Sepetang tu lah dipanggil mee banjir udang sbb udangnya melimpah ruah..

nEmO said...

amboi angni p bekempen ka p makan...alang mencelup pekasam bia kenyang perut ye...jgn lupa bawa balik kat org yg tak bertugas...

rockapak5415 said...

To Orang Bukit

Owh baru teman tau, ingat name mee udang aje..

rockapak5415 said...

To nemo

Ate dame pelawe, teman okey aje..

mugiwara said...

kt tepeng, kole sepetang, blakng jeti, kami makan mee yang penuh ngan udang fresh2 baru naik.
mmg terangkat!

CIVIC Power said...

To Mugiwara

Ape yang terangkat?
Kening mike ke?

AzD said...

salaam bro,
balik kemarin tak sempat nak gi port weld makan mee udang. Kotiaw doli pun tak dan.. Takpe ah takde rezeki. Tapi perang bendera memang meriah le, dengan jalan jam yg tak tahan tu.