Melihat senario politik yang masih belum reda dari awal tahun lalu kini timbul pula satu lagi agenda politik negara.. Bukit Selambau dan Batang Ai akan memperlihatkan pilihan raya kecil disana nanti.. Tidak ketinggalan Bukit Gantang Taiping P. 059 akan menjadi padang bagi calon parti-parti yang bertanding akan mempromosi dan memperjuangkan manifesto Parti mereka. Tidak kira Biru atau Hijau, masing2 mempunyai penyokong dan pengikut setia mereka. Bertungkus lumus untuk menjadi pengerak pilihan raya dan berkempen disana sini nanti. Fenomena pemasangan poster parti adalah agenda wajib bagi sesebuah parti yang akan bertanding.. Namun didalam kemeriahan itu.. masih terdapat cerita haru dan biru boleh didengar disana-sini. Bakal meniti di bibir orang, di dada akhbar, kaca tv dan radio.. Kesemua itu sering diperkatakan mengenai perbalahan, pertelingkahan, ketidak sefahaman dan permusuhan diantara penyokong parti yang berbeza. Ini yang teman tak suka tengok dan dengar..Biarlah aman di Bukit Gantang ini. Tidak perlu bercakaran dan bergaduh kerana perjuangan parti. Tidak perlu bermasam muka dengan warga tempatan dan bangsa sendiri.. Hanya kerana memperjuangkan parti habis darah berlelehan di dahi. Tiadalah gunanya berbuat demikian, tiada yang untung namun rugi sahaja yang kelihatan.
Berkempen, bertanding secara aman dan makmur. Tiada apa yang perlu diamukan. Jika masing2 tahu erti persaudaraan. Esok lusa berjumpa juga di Kuewtiow Doli tak pun Kuala Sepetang makan mee udang...
P/s:- Teman selalu impikan kedamaian dalam berpolitik walaupun teman tak berpolitik. Gambar diatas teman ambil di laman web. KT dulu.

