18 March 2009

Jenazah Hidup




Hah semalam teman ada la menghadiri majlis ceramah pengurusan jenazah dan zakat di kawasan Rungkup Selekoh dekat sini. Majlis anjuran Komuniti Bestari Rungkup dan Selekoh. Melihatkan seramai 120 orang peserta dari golongan "usler" dan "vateran". Kaum ayah dan ibu. Walaupun hasrat dan tujuan program ini diadakan adalah untuk memberikan pengetahuan dan ilmu pengurusan jenazah kepada golongan muda-mudi, namun sambutannya hambar. Tiada kelihatan warga muda remaja yang datang menyaksikannya walaupun ketika ini adalah cuti sekolah. Ceramah dan praktikal disampaikan oleh wakil dari Jabatan Agama Islam Negeri Perak. Mengajar dan menunjukan demonstrasi pengurusan jenazah orang islam dari memandikan sehingga mengkafankan dan meyembahyangkan. Walaupun mayat itu masih hidup dan bernafas akan tetapi teman terasa tercuit juga hati ini jikalau ini benar-benar berlaku pada teman esok dan kemungkinan bila-bila. Melihat badan yang terbujur kaku tanpa boleh berbuat apa2. Melihat tubuh teman yang bakal akan dimandikan dan dijunub jika. Malu akan diri apabila semua anggota badan dilihat oleh orang lain. Dikeluarkan segala najis dari dubur, dicucikan segala kekotoran dan dikafankan. Ditaburkan kapur barus dan air mawar. Sedia dikafan dan ditanam di dalam ruang sempit dan gelap. Tiada Ibu tiada bapa yang menemankan, tiada anak dan isteri, tiada proton saga mahupun BMW 5 Series, yang ada hanya kain kafan 3, 5 atau 7 lapis yang membaluti diri ini nanti. Apa-apa pun program ini baik dan bagus pada teman dan warga muda kerana pengetahuan ini jarang kali di praktikalkan, walupun ada di pembelajaran tingkatan 4 sekolah menengah, tetapi itu hanyalah amali meyembahyangkan jenazah sahaja.
Baiklah semoga program ini sentiasa diadakan di semua tempat dan daerah, agar generasi muda tahu dan berani mengamalkan fardhu ini.

10 comments:

lelucon said...

sokong :)

fahana_ann said...

teringat mase kat sek. prog macm ni le..siap ustzah tu kate..mayat lembut ni snang nak urus..huhu..dah tak jadi mayat lagi lembutle..huhu..siap berbedak2, bergambar lagi maytnyer..comel..huhu.
betullah..tak kan kita bawa ape2.tak bawa duit tapi kita bawa ke mana duit yang kita belanjakan?cume amalan kita bersama..kebajikan, dosa dan pahala atas segala yang dilakukan..thnx ya

.fatin nabila. said...

tol²..
dah mati, semua cium tanah merah..`
semua pkai kain kapan cotton..
dh xde dah china silk bagai..`

@mEL!A said...

insap sekejap...

CIVIC Power said...

To Lelucon

Ate mike x pergi ke?

CIVIC Power said...

TO Farhana_ann

Hah sesama Kasih.. x de ke program mengali kubur plak?

CIVIC Power said...

To Fatin Nabila

Yong kene beringat sebelum hari tu.. haaaa

CIVIC Power said...

To Amelia

Aii kejap aje ke?

a.b geldofg said...

stt mginsafkan aku

CIVIC Power said...

A.B Geldofg

Insaf le kite ye, esok lusa mana le tahukan..