10 February 2009

Kisahnya Karpal Singh

Karpal Singh sudah mula tunjuk taring, sudah berani cabar Sultan. Sudah berani cabar semua orang dari mengambil tindakan terhadapnya. Ketidak percayaan beliau terhadap Anwar Ibrahim mula meluak-luak. Ketidak puas hatinya kepada Lim Kit Siang juga sudah timbul gara2 dia tidak diendahkan oleh mereka.
Teman sebagai orang Perak dan orang melayu cukup berasa kesal dengan sikap yang ditunjukan oleh Karpal Singh di sidang medianya yang disiarkan di TV3 pada 8 aribulan ari itu. Stement yang dibuatnya cukup pedih bila didengar. Tindakannya yang bercadang untuk menyaman Sultan Perak dilihat seperti derhaka dan biadap terhadap Sultan Perak dan rakyat Perak sendiri. Abis pikior ape dia..
Begini ke contoh seorang peguam dan rakyat Malaysia.. pemimpin Parti DAP pulak tuu.. Bertaubatlah Karpal.. jangan pandai cakap aje. Sultan Perak mempunyai kuasa dalam menentukan siapa yang tuanku perlu lantik dan perkenan. Tuanku jugalah yang memperkenankan Nizar dulu semasa dilantik menjadi MB Perak. Kerajaan di Perak juga atas perkenan tuanku. Bila timbul spekulasi dan sokongan mula berkurangan di Perak keatas Nizar.. Apa lagi, tu pun tak faham2 ke.
Walaupun teman bukan seorang peguam dan ahli politik, tapi sebagai rakyat Malaysia dan rakyat Perak kita tidak patut menentang Sultan dalam apa jua cara sekalipun. Ini bukan zaman Hang Tuah dan Hang Jebat. Lagipun Sutan Azlan Shah adalah Ketua Peguam Negara satu ketika dahulu.. Baginda tahu apa yang diputuskan dan dititahkan. Daulat Tuanku!

26 comments:

sharamli said...

karpal ni gheti ke t0bat2?

jejakaterang said...

apa nak heran kan.dia tu orang kafir,yang islam pun tak pandai nak taubat.yang dia tau ialah taubuat.

CIVIC Power said...

To Sharamli

Taubat 2 dalam erti x buat lagi dah.. dia pun paham. Klu dia x faham macam mana perkataan tu boleh terpacul dari mulut dia ari tu..

CIVIC Power said...

To Jejaka Terang

Bukan nak heran, tapi berpada la sikit. Kita ada batas dan peraturan.

makan_nasi said...

Sultan Azlan bekas Ketua Hakim Negara....Daulat Tuanku

CIVIC Power said...

To Makan_nasi

Daulat Tuanku.. Nie nak bersilat Pulut plak nih

Adam said...

tu memang best lor layan bola sambil telan kacang ngan coke..

yang lagi bestnyer.. scolari kena pecat!! hahahahahaha! hilang coach Chelsea.. sape ganti ek??

Adam said...

penggunaan perkataan kafir tu .. adeyhai~ tak jadik aku nak comment tentang karpal singh... wa lepas tangan .. tak nak masuk campok!

lalalaala~

CIVIC Power said...

To Dakjaat

Tu le dakjaat, kdang2 komen orang nih.. adeh..
Mike komen aje.. jgn lepas tangan

Anonymous said...

kenapa tak nak tahan je kat ISA? klau orang melayu wat salah skit trus masuk ISA, Karpal lak selamber je ulang 2-3 kali kesalahan yang sama tanpa kena hukum.

Fiteri
Hilir Perak

Pok Li said...

Bila kita sudah terlupa nilai-nilai negara. Jadi macam ni lah

CIVIC Power said...

To Fiteri

Uhm.. betul juga..
Klu PAS dulu dorang sumbat masuk ISA. Tpi kenapa tidak Karpal

CIVIC Power said...

To Pok Li..

Benar tu pok li.. klu anak x tau nilai anak.. emak bapak pun diorang snggup derhaka..

Pak Pelandok said...

Si Karpal tu... jng gunakan demokrasi untuk bertindak melulu sehingga mencabar perasaan dan kesabaran org Melayu.

Kebebasan ada had dan ketikanya......jng jadi keterlaluan sehingga tidak lagi mengambilkira hak dan kedudukan orang Melayu dan Raja-raja.

azlishukri said...

tulisan yang baik. salam singgah.

CIVIC Power said...

To Pak Pelanduk

Betul tu Pak Pelanduk, Karpal da mula nak jadi Sultan gamaknya.
Elok sumbat dalam ISA aje dia tu

CIVIC Power said...

To Muhammad Azli Syukri

Terima Kasih Tuan Azli,
Selamat berblog

GELIgeli said...

alhamdulillah..mike telah menjadi jejaka melayu jati..yang berpayung dibawah sultan..

CIVIC Power said...

To Geli2

Teman biasa aje.. tapi ramai lagi yang marah kat Karpal nie tuan..

melayuangkat said...

Assalamualaikum,

Oleh kerana Karpal kawan baik Anwar maka dia sahajalah yang layak suruh Anwar Bertaubat.

Kalau kita cakap pun bukan Anwar nak dengar.

Mak Cik harap Perak akan tenang segera supaya rakyat Perak dapat menjalankan aktiviti harian dengan sebaiknya.

CIVIC Power said...

To Melayu Angkat

Anwar pun x nak dengar cakap Karpal.

Semoga Perak tetap jadi Perak.. teman x nak Perak jadi Gaza

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

civic...

biarlah depa gila meroyan

macam2 ada gila bontot, ada gila jadi mb, ada gila baring atas jalan, ada gila nak jual tanah 999 tahun, ada gila jadi puppet mb, ada gila seks,gila nak saman,gila nak demontrasi jalanan, gila nak jadi gaza....macam2 gila.

satu aje belum dengar iaitu gila nak berbaik melayu sesama melayu!!!!

CIVIC Power said...

To OTAI

Tuan, lepas ni teman harap.. UMNO dan PAS boleh berbaik dan berjuang bersama.
PKR dan DAP tu abaikanlah

Fatin Baharum said...

risau if 13 mei berulang..

ishk..

CIVIC Power said...

To Fatin

Harap jgn.. kekalkan perpaduan antara kaum ini. Okey!

Anonymous said...

daulat Tuanku Karpal...nak kena sunat dier nie...