07 February 2009

Janganlah begini

Bukit Chandan, Kuala Kangsar Perak. Semalam 6.2.09 kenderaan rasmi Raja Nazrin yang menuju ke Istana Iskandariah ditahan dan dihalang oleh penyokong fanatik Parti Pakatan Rakyat dari memasuki kawasan istana tersebut. Nie yang teman lihat dari berita di TV1 dan surat khabar Metro dan Berita Harian hari ini.. Apa kejadahnya buat macam itu.. Itukan kenderaan Raja, bukan teksi x pun bas kilang nak main tahan2 aje. Tindakan sebegini seperti tidak beradap dan mencemarkan nama baik Tuanku dan kerabat-kerabat di Raja Perak. Suasana kecoh dan mencemaskan berlaku sekitar Masjid Ubudiyah yang berdekatan dengan Istana Iskandariah disana semalam.. Perhimpunan manusia dipercayai penyokong Parti Pakatan Rakyat cuba menghalang majlis pelantikan MB baru iaitu Dato' Dr Zambry Kadir semalam. Apa yang teman tahu juga dari pihak mereka semalam, mereka meminta supaya DUN dibubarkan dan memilih untuk menjalankan pilihan raya semula. Bagi mereka (Parti Pakatan Rakyat) tindakan DYMM Sultan menitahkan untuk melantik Dato' Zambry adalah tidak adil dan membelakangi hak rakyat Perak.
Dalam suasana itu, mereka mula bertindak agresif dengan membaling batu kearah FRU yang bertugas menahan perhimpunan itu. Batu2 yang dibaling mengenai angota FRU, wartawan dan kenderaan orang2 kenamaan dan VIP disana. Last2 FRU gunakan pemedih mata dan menahan 9 orang dari rusuhan tersebut.. Aiii kenapa la setiap kali mesti macam ni.. janganlah macam ini.. dulu semasa Perak di perintah Nizar, tiada pula penyokong BN teman dengor buat rusuhan.
Tapi tu tak cukup kurang hajarnya lagi, berita mengatakan yang Pakatan Rakyat mahu menyaman Sultan Perak dan BN. Hah ni yang teman heran dan pelik ni.. Sape yang lagi kuasa Pakatan ke atau pun Sultan.. Err pakatan da ada Sultan sendiri ke? Bagi teman klu da Sultan bertitah, x kan kita nak lawan. Apa yang teman tahu kerajaan tak boleh juga terbentuk jika tiada perkenan Sultan.. Ape dame nak lawan tauke ke nie? Lagipun ini semua sudah pun dibincangkan oleh Sultan Azlan Shah, baginda pun teman rase tidaklah membelakangi rakyat. Pada teman jika pilihan raya diadakan semula pasti menelan belanja yang sangat besar. Lagipun di zaman ekonomi yang kurang baik macam ini tidak perlulah buat pembaziran lagi.
Teman tidaklah menyebelahi mana2 pihak tapi kita fikir macam senang aje. Yang baik kita ambil, yang buruk kita buang. Esok2 kalu yang baik jadi buruk kita "pebancuh" plak supaya jadi baik. Aih udah le tuuuu...

17 comments:

.fatin nabila. said...

byk kali dh..
sultan marah ke, murka ke, mana dieorg amk port kn..
yg ni, i br tau cerita ni..
semalam + hari ni, i xbeli paper..
teruknya, smpai kete sultan kena tahan..
xtakut kot, kn..?

CIVIC Power said...

To Fatin Nabila

Tula, lagi satu.. yng mlu..
Teman x dengor berita smua trun..
yg trun buat kecoh semuanya Melayu..
Ai malu btul

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

dalam juga politik matang adinda ni...

teruskan memblog sebelum diblok oleh si dayus yang takutkan kebebasan, keadilan dan kebenaran.... sifat ni sifat allah...bukan sifat anuar atau nik aziz

abu lola said...

askum..bro gua pun terkejut beruk gak dgn kejadian yang menimpa di Perak...tapi yang gua sedih sekali semua org yang baru lepas sembahyang jumaat(Faham2 je le..)

melayuangkat said...

Assalamualaikum,

Rentetan peristiwa ini terus hingga ke sekarang...belum ada noktahnya.

Semoga Allah swt selamatkan kita semua.

sharamli said...

jangan begini!!!

sama2 kita d0akan keamanan....

CIVIC Power said...

To Abu lola
W'kumsalam..
Sebab 2 le teman kesal "jgn bergini".
Klu org yang bukan pegi semayang jumaat teman x kisah sangat

CIVIC Power said...

To MelayuAngkat

Wkumsalam Puan,

Harap lepas ni xde lagi yang jdi cam nie..

CIVIC Power said...

To Sharamli

Aman dan Makmur.
Tolak DAP dan ADIL

Anonymous said...

Tolak DAP dan ADIL
Ambil PAS boleh kot

Anonymous said...

Sultan, Raja, MB, Polis dan rakyat biasa semua sama taraf di sisi allah. melainkan takwa mereka yang dinilai dan menjadi tangga-tangga ketinggian bagi insan

CIVIC Power said...

To X de nama

Hah boleh juga.. sepatutnya PAS dan bawah BN.. X yah masuk PR tu.. ngarut aje..

CIVIC Power said...

To x de nama 2

Betul tu tuan/puan. Yang baik tentu dibalas baik.. yang putar belit tentu diputar belit pulak..
Tolak DAP dan ADIL!

jejakaterang said...

aku nak komen sikit kata-kata yang menyebut Raja,MB,polis atau sesiapa je adalah sama dihadapan allah melain kan ketakwaan mereka.kata-kata tu memang benar tapi dalam kontek ibadat.dalam kontek hormat menghormati antara pemerintah dan rakyat?guru dan murid?boleh guna ke?kalau cam tu tak de orang yang nak hormat kat pemimpin,guru,ibu-bapa,orang tua hanya kerana mereka tak cukup takwa dimata kita(pandangan allah kita tak tau)

CIVIC Power said...

To JejakaTerang yg Komen pada ANON 2

Benar tu Tuan Jejaka, Benar tu Tuan/Puan ANON.. Teman setuju kata2 tuan jejaka. Klu nak nilai takwa.. nak tengok tang mana?
Kt IC semua pun tulis WargaNegara Islam aje.. x tulis pun takwa

CIVIC Power said...

Teman nak bagitau nih..
Kepada taulan dan handalan sekalian yang ingin mmeberi komen,
Sila jgn letak Anonymous.. sila tinggalkan nama dan asal anda. terima kasih.

Anonymous said...

betul kata jejakaterang 2. cuma mungkin maksud saudara yg komen tadi 2 sesiapa pun, raja ke, MB je, polis ke atau sesiapa jangan la bangga diri sebab jawatannya dan menindas orang lain dengan kuasanye. mungkin 2 maksud dia kot. sebab semua manusia ada hak masing-masing.