12 February 2009

KebesaranNYA

Gambar ini teman ambil di Utusan Online, hari ni 12/feb/09. Akhbar dan cerita dalam negeri. Walaupun berita ini dah disiarkan oleh pihak Utusan.. terima kasih Utusan. Tapi teman nak juga memeriahkannya lagi kerana bagi teman ini perkara baik dan elok.
Di Kangar ceritanya.. sebuah rumah seorang pengawal keselamatan (EN. HAKIMI) terlibat dalam kebakaran semalam. Pendek cerita, tuan rumah (gambar) menunjukan sebuah naskah Al- Quran yang tidak hangus dijilat api setelah kebanyakan buku dan majalah yang tersimpan di rumah beliau habis rentung. Diikut logik akal seorang manusia, tidak akan sesuatu itu tidak hangus dan cair dijilat api.. klu besi boleh cair apabila dipanaskan dalam relau, inikan pula kertas. Kejadian itu sememangnya tidak dapatlah dikaji oleh sains dan logika akal.. Hanya hati yang mengerti akan KeagunganNYA dan KebesaranNYA sahaja yang mengerti akan kejadian seperti ini. Kejadian ini suka juga teman kaitkan dengan Masjid di Indonesia yang terlibat semasa bencana thunami dahulu. Sekian rumah dan kediaman ranap dalam rempuhan ombak dikawasan penempatan itu, tiada yang tinggal kecuali sebuah masjid yang tersergam di situ.. Tanda kekuasaan Allah s.w.t dalam alam sementara ini sememangnya jelas dan sentiasa dipertontonkan tetapi ada juga segelintir manusia dan umat menafikannya. Ada juga yang lansung buat tidak hal kerana mungkin sebok dengan hal duniawi harian.
Teman seorang muslim pun kadang2 kerap melupakanNYA kerana sebok dan ada yang buat2 sebok. Kalau pergi ke Masjid sembahyang Maghrib tidak pun Isyak tidak lah lekang telinga teman mendengar ceramah orang2 PAS yang hipokrit menceritakan hal Hudud didalam masjid yang didengar oleh orang2 "usler". Kerap memperjuangkan perjuangan mereka di dalam Masjid sahaja tidak di Parlimen.. aii.. apalah tuu..
Jarang sudah teman mendengar ceramah ilmu dari ustaz2 penceramah sekarang. Bukan teman nak tolak hudud, tapi kalau da selalu kata kenapa tidak dikota..? Teman setuju kalau hudud dibuat di Malaysia. Mungkin boleh didik rakyat jadi baik. Aii tinggalkan perkara inilah..
Berbalik pada cerita tadi, hah inilah kekuasaan Allah s.w.t kepada umatnya. Perkara yang tidak logik tapi terjadi juga. Kepada saudara2 teman.. marilah kita memuji kekuasaan dan kebesaranNYA dalam sujud kita. Teman dan semua janganlah lupa yang kita akan kembali kepadaNYA satu ketika dan saat nanti. Menghadap yang maha ESA. Nak lahir kerinduan dan kecintaan kepadaNYA bukan pekara senang. Tapi ianya tidak sukar andai kita tetap mengigatiNYA sewaktu senang dan susah.
Wallahualam...

12 comments:

lelucon said...

1 lagi peringatan utk kita semua...

CIVIC Power said...

To lelucon

Marilah kite mengingatiNYA

melayuangkat said...

Assalamualaikum anakku,

SubhanaAllah!!

Insafilah diri kita, jauhkan dari dosa. Peringatan kepada kita semua akan kekuasaanNYA!

CIVIC Power said...

Teman insaf Puan..

fahana_ann said...

lama tak singgah jejak bertapak kat sini.Maaf agak sibuk nak baca semua blog tapi memang sangat ingin baca..sebab semuanya bermaklumat bermanfaat..
em,terima kasih kerana sama2 mengingatkan.Kekadang terlupa yang kita akan mati..mati badan,mati jiwa, mati hati..moga hati dan jiwa ini tidak mati untuk terus hidup bersama YANG MAHA ESA walau jasad akan kaku..
pasal politik, hudud..aku masih memilih:)
em,pasal kebesaranNYA..sangat ajaib,tapi dengan ALLAH segalanya boleh berlaku..ALLAHU AKHBAR,,SUBHANALLAH..

CIVIC Power said...

To Farhana salam jumaat

Hudud? Kita mesti pilih.
Begitulah hendaknya yong.. Kdg2 kita pasti tegelincir cuma biarlah kita dapat bangun dan berjalan kembali ke jalan yang lurus.

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

civic dan semuanya... bagi lah email atau gmail dll sebab otai nak jemput masuk dalam facebook otai daaaa...

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

civic dan semuanya... bagi lah email atau gmail dll sebab otai nak jemput masuk dalam facebook otai daaaa...

.fatin nabila. said...

subhanallah..

fuh.

CIVIC Power said...

To otai

Hehe nak berukhwah ke otai?

CIVIC Power said...

To Fatin

Jampi ape tu yong..
Salam Jumaat untuk mike

jejakaterang said...

kwn-kwn,kalau tak silap aku hukum hudud telah digantungkan perlaksanaanya pada zaman saidina umar(klu silap perbetulkan).kenapa saidina umar mengantungkan perlaksanaan nya?Siapa saidina umar/adakah orang yang kurang ilmu agama,tak faham al quran?bukan....tetapi beliau nampak akan kesukaran melaksanakan hukum itu kerana melaksanakan hukum hudud perlukan saksi-saksi yang bukan calang-calang alimnya,waraknya,tak pernah menipu,tak pernah tinggalkan sembahyang,banyak lagi syarat-syaratnya.Hukum itu adil tetapi ketidakmampuan kita melaksanakan nya akan menyebabkan yang adil jadi tak adil,boleh ke orang-orang PAS jadi saksi?mana nak cari orang tak pernah membohong zaman sekarang?tak pernah tinggal solat(ada tapi mcm cari jarum dalam tepung).sebab tu sampai sekarang PAS pun tak dapat nak laksanakan hukum tu kat kelantan