22 January 2009

KFC Malaysia

Bila dilihat gambar disebelah ini pasti tidak asing lagi bagi kome ye.. Ayam rangup dan pedas. OR atau Spicy. Sedap wooo..
Tapi semasa perang Israel dengan Hammas di Gaza membuatkan muslimin dan muslimat kian menerima pelbagai kempen memboikot pembelian Ayam KFC dan apa pun yang melibatkan KFC kerana dipercayai KFC memyumbangkan sebilangan besar keuntungan mereka ke Negara Israel Laghnatullah itu. Teman juga ada le "berpuasa" demi menjayakan boikot tersebut. Maka tidak le teman pergi ke KFC selama tempoh ini. Ai.. mengeluh teman. Namun dalam sikap memboikot ini, teman baru sahaja menerima email dari sahabat teman menceritakan tentang KFC Malaysia di sini.. di bawah ini adalah copy dari emel tersebut...

"salam semua...

tujuan email ni adalah untuk memberi penjelasan mengenai boikot KFC.
banyak orang dah tanya pada saya mengenai KFC.dan ada juga yang sms kata
"baik ko berenti keja ngan KFC.ko dok bunuh orang palestin"... .dah
banyak sms yang saya dapat...daripada kawan2 sekolah, universiti dan
segenap lapisan masyarakat.

Untuk pengetuahuan semua, KFC Holdings (M) Bhd adalah milik Kulim (M) Bhd.
Kulim ini pula adalah anak syarikat Johor Corporation. siapa yang tidak
tahu sila cari mengenai johor corporation. oleh itu, KFC Holdings (M)
Bhd adalah milik malaysia . tiada sebarang keuntungan yang diberikan
kepada US mahupun Israel . KFC hanya menggunakan nama. KFC malaysia hanya
membayar yuran penggunaan nama sahaja.
akan tetapi, setelah KFC menjadi anak syarikat Johor Corporation,
pengerusinya sedang berusaha untuk membeli KFC di US . ini adalah usaha
yang sangat murni. Tan Sri Ali Hashim adalah pengerusinya yang memang
mempunyai idea bisnes yang bernas. selain itu juga, dibawah KFC Holdings
(M) Bhd terdapat anak syarikat iaitu :

Pizza Hut
Kedai Ayamas
RasaMas Restaurant
Ayamas Food Corporation Sdn Bhd
Region Food Industries (Sos life)
bakery ( untuk garlic bread & roti2 di KFC)

tenaga kerja untuk semua syarikat ini adalah majoriti melayu islam.oleh
itu, bayangkan lah jika masyarakat memboikot KFC apa akan terjadi kepada
orang islam malaysia ?oleh itu fikir2 kan lah apa yang saya katakan ini.
diharap dapat memberi penjelasan kepada sahabat2 dan sesiapa
sahaja.sama- sama kita membangunkan ekonomi orang islam.inilah dinamakan
Jihad Bisnes.
sekian."


Muhamad Ammar Abdullah
Halal Audit Executive
KFC Holdings (M) Bhd
03-20263388 ext 282
012-5678443


Maka terbukalah mate dan hati teman bile membaca email tersebut, teman terus ke laman Web Kulim (M) Berhad bagi mencari kepastian. http://www.kulim.com.my/html/
Ehm.. Wallahualam. Kepada Tuan Ammar. Maaf teman siar email mike..

P/s:- Di Teluk Intan terkenal dengan ayam goreng Gulam Rasul. Pun sedap jugak ala-ala KFC.

13 comments:

|| a b c d e a t h || said...

teman ponn da lame tau psl kfc ni..
sejak dr isu ayam dolu2 tu..
papepon, tepok dada tanye iman..
renung2kan...slmt beramal..!!

CIVIC Power said...

To ABC

Teman idak le tau. Tapi tulah di luah mati emak, di telan mati bapak.

jejakaterang said...

apa yang hang dok kalut.den kat sini tak kesah pun.apo-apo pun den balon,jangan melintas je depan mata dan hati.balon jang balon.jangan terpedaya akan perkara yang kita sendiri kurang pasti

razor said...

saya mmg tak berkesempatan ke fast food sejak sekian lama.

pandai2 lah kamu semua.

melayuangkat said...

Assalamualaikum anakku,

Memang serba salah.

KFC di Malaysia ada ladang ayam, dan pekerja beribu ribu terdiri dari rakyat Malaysia.

Jadi, faham faham sahajalah kesan jangka masa panjang kita boikot ini berterusan.

WaAllahuAlam.

CIVIC Power said...

To Jejaka Terang

Hehe mengketedarah ape..

CIVIC Power said...

To Razor

Ate carile ruang nak pergi ke fast food..
Harap kome semua boleh le nilai

CIVIC Power said...

To Melayu Angkat

Begitulah makcik.. memang tidak ninafikan ramai umat2 Nabi Muhammad di Malaysia nie bekerja di KFC tu..
Maka janganlah kite memboikot mereka

ab geldofg said...

:) boikot jgn tk boikot.....durian dah tk ada musim :)

CIVIC Power said...

To Ab geldofg

Jgn le diboikot yoep. Terkanjei nti dame. Tapi kalu pegi KFC luar negara x pe diboikot. Ayam2 dame sume x sembelih punye.

fahana_ann said...

aku pun dah ade bace kat Blog Azli Shukri..baru aku tahu..bila macam ni baru keluar ceritanya..huhu.pe pun lepas ni boleh makan dengan leganya..

CIVIC Power said...

To Fahana_ann

Tu le yong,ate x nak ke yong belanje teman..

FARIE said...

haha!! dh mkn pn..
n dh dikecam oleh kwn2 pn.. lalala~
lambat lak bc entri neh.. :P