12 February 2009

Sembahyang Jumaat


Oleh kerana hari ini hari bahagia kita umat islam, dan hari kepada penghulu segala hari yakni hari Jumaat. Maka teman dengan rasa rendah dirinya suke menaip keyboard ini untuk membuat entri pasal hari Jumaat. Hari jumaat dalam kalendar islam adalah hari paling besar dalam seminggu. Bagi umat islam khususnya kaum Adam, kita pasti akan berkumpul dan mengerjakan solat wajib jumaat di masjid-masjid berhampiran kita sambil mendengarkan khutbah jumaat. Disini teman bukan nak berkhutbah pula ye.. cuma nak mencuit skit dan mahu juga berkongsi tips yang teman blajo dulu dari ustaz teman iaitu menangani masalah MENGANTUK ketika duduk mendengar khutbah jumaat. Kerap le teman lihat dan kadang2 teman pun ikut sama mengantuk ni.. almaklumlah benda baik selalu susah nak masuk dalam sanubari ni.. ada juga yang lansung tak tembus dalam telinga.. (pakat2 berkhutbah kat atas moto kat perkarangan masjid). Tu pun gejala juga.. aih ntah le.. tapi masalah mengantuk nie bukan sahaja dialami oleh yang muda, tapi vateran pun turut serta. Kadang2 semasa menunaikan solat pun mata boleh pejam, kononnye kyusuk.. lepas abis salam teman dulu yang paling bingkas bangun.. adeh ape le teman nie..

Nie le tipsnye yang boleh diterima pakai, dan teman ada juga buat.. alhamdulillah

1) Jgan makan nasi sebelum menghadiri jumaat.. yakni makan tengah hari. 12.00 pm
2) Jgan bersandar di tiang dan dinding masjid ketika khutbah.
3) Duduk dalam keadaan yang berkeyakinan dan tegak.. klu bongkok cara duduknya.. peratus nak tido tu banyak.
4) Niat iktikaf dalam masjid dan mula menumpukan perhatian kepada khutbah yang dibaca.
5) Klu mata da mula nak "kuyu-kuyu keli", segera menoleh kiri dan kanan.. supaya segar semula..


Inyaallah, tuan2 dan rakan2 saudara teman, lepas nie kome mesti segor sampai habis khutbah dan selesai sembahyang jumaat..

Dalam pada itu juga, ada gejala yang lebih menyesalkan iatu "berkhutbah" sendiri dan berjemaah sendiri diluar masjid tak pun di serambi.. Sikap ini janganlah dijadikan amalan kerana jika kita berkata2 semasa khutbah dibacakan.. alamatnya tidak sahlah sembahyang jumaat kita itu, kerana wajib kita mendengar dan mendiamkan mulut semasa khubah dibacakan. Sembahyang jumaat bukan hanya rukuk sujud 2 rakaat sahaja, tapi khutbah itu sebahagian dari solat jumaat itu. Tak dengor maka baik le balik rumah..
Sebut pasal rumah, masih ada juga insan2 yang tidak mahu mengerjakan sembahyang jumaat ini. Bukan sekadar malas tapi ada juga yang tak mahu kerana sembahyang 5 waktunya sendiri pun terabai. Teman ambil kesempatan ini utuk menyeru dan mengajak diri sendiri dan saudara2 teman agar janganlah kita meninggalkan sembahyang jumaat kerana jika kita meninggalkannya sebanyak 3 kali secara sengaja alamatnya terkeluarlah mereka dari Islam.. Nauzubillah..
Mohon ke Hadrat Illahi agar diberi kekuatan dan keimanan untuk kita menjalani ujian seharian dan diberi kesihatan untuk mengerjakan amal ibadah. Dan berilah peluang mereka yang lalai dan jauh tergelincir untuk insaf dan menunaikan solat jumaat sebelum jumaat itu menjadi hari terakhir kami umat manusia.. Amin.

12 comments:

amz fiteri said...

ade juge yg suke monteng jumaat ye. pelik, solat jumaat la untung. klau zohor 4rakaat, solat jumaat 2rakaat je. diskaun 50% tu.

CIVIC Power said...

To Satria Muda

Tu le, moh sembahyang jumaat

sharamli said...

kat tiang la p0t yg slalu ramai 0rg suka....sdp sket sandar.....hi3...

Anonymous said...

Ni de 1 cara nk elak mata pejam masa khutbah, ambik btg mancis selit kat mata.

CIVIC Power said...

To Sharamli

Gaya tu mmg sedap.. sedap tido
jgn terjga masa orang azan asar udah le

CIVIC Power said...

To ANON

X pe, mike buat le dulu..

lelucon said...

tip lain: makan boleh, tp jgn kenyang sgt, dn yg ringan2 je setakat hilang lapar. kalau nasi 2 pinggan, heee phm2 le yop!


cuma nak betulkan sikit. klu tak silap teman, 3x tinggal Jumaat tu jatuh munafik (bkn keluar Islam). tp munafik tu bughok jugak le dosanya... wallahua'lam teman tak mengaji tinggi...

baguih kome buat pos ni, segor le sikit teman yg 'tertido' (terleka) ni hehehe :)

en_me said...

thanx bro tazkirah tewww..

CIVIC Power said...

To Lelucon

Ada juga teman dengor jadi munafiq, ada juga teman dengor kuar islam..

hah betul tu, makan yg ringan2 aje..
teman klu nak g semayang jumaat slu minum milo aje.. kire lapar pun kurang, dahaga pun x de.

"kadang2 ada juge dame kate, aircond masjid sejuk.. sedap nak tido."
Hehe

CIVIC Power said...

TO En_Me

Sama2 kasih

melayuangkat said...

Assalamualaikum,

Memang kalau makan kenyang sangat akan mengantuk tak kiralah di mana terutama kalau tengah hari.

Terima Kasih ke blog Mak Cik, sekarang Mak Cik dah tak main kutu lagi. Ha ha

Baiklah beringat dan menabung terutama masa muda ini, dan berjimat dengan cara munasabah.

CIVIC Power said...

TO MelayuAngkat

Wkumsalam puan..

Tu le puan, slu bile "overloaded" nie.. nak sambung keje pun da berat sebab badan da cam nak baring atas tilam aje..

Sama2 kasih.

Dulu masa kecik suka menabung, dalam tabung NURI tu bukan saja ada duit siling.. stem dan kertas surat khabar pun sumbat..
hahaha