16 February 2009

Anak kita anak orang...

Anak adalah anugerah yang tidak terhingga dari yang Maha ESA.. ianya bukan hak milik sesiapa, tetapi ia merupakan kurniaan dariNYA untuk pasangan manusia yang dipilih oleh ALLAH swt untuk menjaganya.
Ada juga pasangan suami isteri yang sudah lama berkahwin namun masih lagi belum dikurniaakn anak kepada mereka. Itulah dipanggil rezeki. Kire belum ada rezeki lagilah tu.. usaha lagi..
Anak seperti kain putih, bersih dan suci serta wangi. Tidak kira apa warna kulitnya ia tetap comel dan manja pada ibu bapanya. Mereka perlu dicorak dan digorak supaya terbentuk mengikut acuan yang diinggini oleh syarak hendaknya. Harta yang tidak ternilai harganya buat keluarga, tidak boleh disamakan dengan Banglo 2 tingkat ataupun Mercedes Benz Kompressor sekalipun. Anak tetap anak.. hilang mereka dari jagaan tiada insuran yang boleh cover, dan tiada yang model seperti mereka. Hanya satu di dunia.
Namun ada juga yang tidak mensyukuri akan kehadiran mereka di dunia ini, bagi mereka anak adalah simbol dan bukti yang boleh menjatuhkan maruah dan air muka mereka. Tidak abis dengan berzina, mengandung dan bersalin. Dibuangnya anak itu ke merata tempat yang difikirkan bagus. Mereka-mereka seperti ini lebih hina dari binatang sendiri. Anak itu tidak bersalah dan tidak mengerti. Jangan tambah dosa lagi dengan menggugurkan mereka semasa dalam kandungan. Aiii mengeluh teman baca berita harian 16.2.09 muka depan.. Anak disorok dalam laci..
Gejala dan keruntuhan ahlak manusia jadi mangsa kepada anak2 yang tidak berdosa dan tidak mengerti ini.. mereka dibuang didalam longkang dan ada yang digonggong anjing.. dijumpai didalam sungai dan tong sampah.. mereka diperlakukan seperti sampah. Ape kejadahnya.. Di Afganistan dan Palestine juga Bosnia, kanak2 sering jadi mangsa peperangan. Mereka yang kecil itu dibedil dengan bom sebesar-besarnya.. hancur tangan dan kaki yang kerdil itu. Celaka yahudi! Tunggu anak yahudi itu pula di bedil.. baru tahu..
Bersyukurlah kita kerana kita ada anak dan ada ibu bapa, kita sebagai ibu bapa dan seorang anak kepada ibu bapa kita haruslah bersyukur kerana diberi peluang oleh Allah swt untuk hidup di dunia ini dengan segala perjanjian kita denganNYA sebelum kita dijemput kembali kepadaNYA. Bentuklah diri dan anak supaya menjadi insan yang baik serta soleh solehah.. menjadi bekal kepada kita ketika kita di kubur nanti. Anak yang soleh dan solehah adalah harta buat kita andai kita pejam mata nanti.. Anak orang anak kita, anak kita anak orang.. kan baik begitu..

P/s:- Atuk teman dulu cerita.. onyang teman bagi rotan kat ustaz supaya merotan atuk teman klu main2 semasa mengaji Al-Quran. lain sekarang, Cikgu kene serang kene saman gara-gara merotan anak dorang yang melawan, malas dan tidak berdisiplin di sekolah.. Tidak hormat guru, belajar tidak berkat.. melawan guru seperti melawan ibu bapa.. hidup pun tak gembira.. renung-renungkanlah wahai taulan

_ Gambar diatas teman pinjam, kepada ibu bapa anak tersebut.. teman nak ucap "comel anak mike"

16 comments:

Pok Li said...

Anak ada juga disimpan dalam laci. Lebih teruk dibuang merata-rata dalam tong sampah, lubang jamban dalam longkang semak, menjadi makanan anjing dan semut merah. Kejamnya manusia.

CIVIC Power said...

To Pok Li

Akhir dunia...

~0~ said...

Ni la xtau nak hargai anugerah. Xtau beza rezki dan bala. Xtau beza pahla dan dosa.

Ramai yang nak wat anak angkat tue. Baik bagi dari simpan dalam laci.

sharamli said...

sgt sdih mengenangkan ad jgk ibu bapa yg mcm ni...

CIVIC Power said...

To ~0~

Tule zaman skang.. aiiii

Susah nak buat anak angkat.. Rumah kebajikan x kasi bawak balik ghumah

CIVIC Power said...

To Sharamli

Lagi sedih lihat anak yang x berdosa tu.. ibu bapa cam 2 elok "diperbancuh" aje..

sharamli said...

bancuh?
wat air ap?
k0pi?
ngeh3

Shitsurei shimashita said...

sikap tegur menegur sesama jiran amat kurang dipratikkan di kota2 besar.
kang ditegur kita plak dilawannya, kalo ikut darah muda, mo bergaduh jdnya.

apa2 pun sayangilah anak2 ini seadanya.

CIVIC Power said...

To Sharamli

Bancuh le ape2 yang sedap.. kopi bujang pun teman minum..
muehehe

CIVIC Power said...

To SS

Betul tu, marilah kita bersatu.. didik anak2 kita untuk menghormati orang lebih tua.. esok2 dia da besar dia beringat..

jejakaterang said...

Anak anugerah yang ESA,jangan dipersia.
Anak lahir bersama duka dan gembira.Duka dan gembira bagi ibunya.Gembira bagi Ayah nya.Bela anak ibarat kita bertani,untung ruginya kita tak tahu,yang penting semailah apa yang kwn-kwn nak semai kerana mungkin padi atau lalang yang tumbuh,tuhan je yang menentukan.

lelucon said...

sebenonye, teman dah naik fed-up dgn isu gini. Bkn taknak prihatin, tp kalau dikenang, mencemuh sana-sini, tp takde tindakan, buat nyakit hati dan dosa nak buat apa? Dah gitu alam ciptaan Allah. Di mana2 ada baik dan bughok. Doa2 la kite sentiasa jd yg baik tu. Yg penting kite yg ada kesedaran ni jage la anak kite bebaik, nasihat kengkawan/sedare kite. Asuh anak kite, bior deme jage bebaik anak cucu deme pulak. Moga selamat generasi akan dtg...

CIVIC Power said...

To Jejaka Terang

pas nie teman nak kawin le yoep

To Lelucon

Ai tule teman buat skang nih

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

kesimpulannya bdk2 skrg ni especially yg ngandung luar nikah tahu buat ank jer tp xreti nk jaga..

*tapi heran sbb slalunya dak2 gini senang lak nk bersalin dlm tndas pn bleh..sbb tu main buang jer ank2tu...

CIVIC Power said...

To Gadis kg/bandar

Diorang nie spesis kilang, tau produces dan pasarkan
(amalan keji)

* Tu le kelebihan dorang.. adeh

lelucon said...

la... nasihat ke? maaf le atas kekhilafan teman hehehe :)