05 February 2009

Politik Perak kini


Perak Darul Ridzuan beribu negerikan Ipoh, mempunyai bandar diraja iaitu Kuala Kangsar.. Teman adalah anak jati Perak semenjak tahun 80-an lagi. Sepanjang teman hidup di bumi bertuah ini, macam2 pembangunan dan perubahan yang teman dapat lihat. Teluk Intan yang dulu dikenali sebagai Teluk Anson sudah banyak berubah. Dari pekan kecil ditepian sungai, kini menjadi pekan besar dan diistihar bandaraya beberapa tahun lalu. Dalam teman hidup ini, Perak di terajui oleh YB Tajol Rosli sebagai MB sebelum PRU12 lalu.
Teman ada le bersalam dengan beliau semasa beliau merasmikan satu majlis di Sungai Manik dulu.. Salam seorang rakyat biasa aje..
Tapi skang da lain, MB da tukar. Dato Sri ir. Nizar. Teman ada le juga melihat beliau memberi ceramah semasa di Masjid Negeri di Ipoh tahun lalu.
Namun itu cume pengalaman teman aje, skang cite lain. Cerita tentang kekalutan Politik di Perak kini selepas bertukar kerajaan yang dulunya ditakbir oleh BN. Di blog2, di padang bola, di pejabat dan dimana juga di seluruh Perak teman jangka semua dari pihak dan golongan membincangkan soal ini. Soal bubar DUN, Soal Lompat melompat. Soal Rasuah, Soal hilang menghilangkan diri.. Semua ini menjadi hal akan betapa kalutnya politik di Perak ini.
Semalam teman di kedai kopi pun turut "melabun" bersama colique teman. Ada juga yang menghantar pesanan ringkas (SMS) mengatakan Perak dan jatuh kedalam tangan BN. Teman diam sahaja.. tak berani nak bagi kata putus. Bukan teman nak putuskan apa2 disini. Sebenornya teman juga pening melihat ini semua berlaku di negeri teman, orang lain teman x tau le... Kesepakatan dalam memimpin sudah nampak goyah. Nizar mengumumkan untuk membubarkan seluruh DUN di Perak tanpa meminta perkenan Tuanku Sultan terlebih dahulu. Parti dan kerajaan BN sudah stanby untuk mengambil alih tampuk pimpinan Perak.. Tapi masih belum ada hitam putihnya lagi.. Teman ternanti2.
Biarlah yang berpengalaman dan yang banyak buat jasa di Malaysia ni sahaja yang layak memerintah dan membawa negara kepada kemajuan kepada setiap bangsa di Malaysia. Tidak ketinggalan juga yang terutama bagi teman Perak teman ini. Biarlah yang memerintah dahulu dikembalikan pemerintahannya.. Teman rase lebih baik yang dulu dari yang sekarang ni..
P/s:- Enti dan Blog ini tidak le menyokong dan mementang mana2 parti politik di Malaysia. Hanya nukilan anak Perak melihat Perak teman kini.

8 comments:

Anonymous said...

Sekadar berpesan-pesan. Doa bagi mengelakkan terkena fitnah.

"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami (sasaran) fitnah bagi kaum yang zalim, dan selamatkanlah kami dengan rahmat-Mu dari orang-orang yang kafir." Surah Yunus, ayat 85 dan 86
View Profile: Rantong

sharamli said...

nasib baek x dud0k perak..hi3

Pok Li said...

Lompat parti bukan satu amalan politik sihat. :)

CIVIC Power said...

To Sharamli

Perak le best yong, negeri yng tengah polular skang nih

CIVIC Power said...

To Pok Li

Benor tu Pok Li, teman setuju bebenor

jejakaterang said...

yop,anwar ajar lompat,mana tau lompatnya tak cukup expert,ropanya orang lain lagi expert.

p/s den lompat pagar masa sekolah dulu memang expert

CIVIC Power said...

To Jejaka Terang

Tu le yoep, bak kata Pok Li amalan lompat parti ni x sihat..
Amalan lompat pagar sek dulu tu pun x sihat.

Anonymous said...

Najib Razak la punca semua masalah di Perak. aku mula benci dia