06 February 2009

Perak dapat MB baru

Kini sudah temetrailah angkat sumpah di Istana Iskandariah yang berlansung pada lebih kurang jam 4.15 ptg hari ini 6. Feb. 09. Dato. Dr. Zambry Kadir dilantik oleh DYMM Sultan Perak Sultan Azlan Shah sebagai Menteri Besar Perak yang dihadiri oleh kalangan orang-orang besar dan jajahan serta MT dari parti BN disini.
Teman melihat berita dan siaran lansung di TV1 yang seluruh rakyat Malaysia boleh menontonya. Dato' Dr. Zambry adalah ADUN Pangkor Perak mempunyai personaliti yang baik dan tahap pendidikan yang tinggi iaitu PhD (Politik) dan EXCO Pelajaran, Sumber Manusia dan Teknologi Maklumat Perak (2004-2008).
Pelantikan beliau adalah berikutan dari isu cadangan pembubaran DUN yang dinyatakan oleh bekas MB Perak Dato Seri ir. Nizar tempoh hari dan sokongan terhadap Nizar berkurangan. Rentetan dari isu itu BN kini dilihat lebih berkelayakan untuk menerajui kerajaan Perak.
Diharap dengan pelantikan ini, teman dan seluruh rakyat Perak akur dan menerima baik Menteri Besar yang baru. Tanpa mengira fahaman politik dan bulu, yang penting adalah kemakmuran dan keharmonian terjamin. Tanpa timbul sebarang spekulasi mengenainya lagi. Dalam pemerintahan MB dahulu pun dilihat pelbagai kekacauan diantara bekas MB dan DAP. terdapat krisis dalaman yang diperakui DAP sendiri. Rakyat tidak mahu menjadi mangsa politik negeri. Hanya mahu kemajuan dan keharmonian dalam setiap hati bangsa yang tinggal di Perak dan Malaysia. Tahniah teman ucapkan kepada Dato' Dr. Zambry Kadir diatas pelantikan beliau sebagai Menteri Besar Perak. Diharap beliau dapat menjawat jawatan ini dengan baik serta bijaksana. TAHNIAH DATO' ZAMBRY!

6 comments:

Adam said...

bagus!! teruskan menganyangkan lagi kedudukan Parti Pakatan Rakyat.. wakakakaka! ;p

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

hmmmm org muda dan bijak pulak...kuat beragama katanya

semoga dia bertuah di perak dan kita dapat tumpang tuah dia

CIVIC Power said...

To Dakjaat

Teman tgok mane bgus je teman highlight..

CIVIC Power said...

To OTAI

Harap2 begitulah OTAI, semoga kemakmuran Perak dikembalikan semula.

Anonymous said...

tak ada orang lain ke nak angkat jadi imam perak ni.?

CIVIC Power said...

To orang x de nama

Klu tuan rasa patut diganti, usulkan sahaja cadangan tuan.
Jgn takut..