Teman baca suratkhabar Utusan pagi ni (Luar Negara muka 17).. Teman tertarik pasal satu kisah yang agak sinonim dan berbau2 macang le kot bagi teman. Isu baling kasut kat orang.. hah kalau kome ingat teman ada menulis pasal baling kasut kat entri teman yang dolu2, tu pun pasal Bush tu ha.. Tapi sekarang ada juga yang kene baling kasut. Tindakan itu samela cam bush.. da macam trend le plak baling kasut yang melibatkan orang2 penting nih..
(gambar diatas hanya untuk hiasan sahaja)
Citenye lebih kurang macam nie le Perdana Menteri China Wen Jiabao sedang berucap kat Cambridge University England. Lalu dibaling kasut oleh seorang lelaki. Tindakan lelaki tersebut menyerupai Muntadar Al-Zaidi yang membaling kasut kearah George W. Bush pada Disember 08 lalu.. Lelaki itu sempat menyampaikan kata2 kearah Jiabao sebelum meniup wisel dan membaling kasut kearah dia.. Dia kate " Ini adalah satu skandal. Diktator ini berada di sini dan kamu semua mendengar apa yang diperkatakan?. Kamu tidak mencabarnya.."
Haaa tapi malang bagi lelaki tersebut, udah le kasut yang dia baling tidak sampai pada target, tindakan dia pun tidak mendapat sambutan dari pelajar disitu yang ramainya merupakan pelajar China di sana. Lagi haru lelaki itu ditahan pihak berkuasa.. Terkanjei seribukali terkanjei..
P/s: Dunia skang nie bile orang x suke senang2 kene baling kasut.. Dulu teman men pungkang kasut kat sekolah agama petang2. Tapi itu kira sah dan tak menyalahi undang2.. So kita disini janganlah mencontohi perangai mereka2 sebegitu.. Klu ada yang tidak puas hati kita bawa ke saluran yang betul dan sah. Segala pandangan mungkin boleh dipertimbangkan ye tak..
Tapi teman percaye orang Malaysia ramai yang baik budinye.. lemah lembut.
Tak kan bertindak "abih pikior" macam dame tu.. kan..kan..kan.?!
Handphone Tidak Berbunyi Lagi
3 years ago
12 comments:
baling batu, sembunyi tangan
Kalau tak silap, budaya org Arab, kalau pukul dgn kasut tujuannya nak menghina (bukan stkat nak bagi sakit). Org cina tah le...
To Razor
Tu tindakan pengecut dan tidak mengaku..
To Lelucon
Hah betul tu.. tapi x pula diberitahu bangsa mana yang membaling kasut pada Perdana Menteri China tu
ni sah waktu kecik2 dul0 xpenah main tuju kasut ni...
hu3..
salam!! kekadang makcik pun ada rasa nak baling kasut kat beberapa orang! tapi tu lah ... tak cukup training takut tak kena orang .. tapi kena tang muka sendiri masa aim nak baling tu!
anak2 makcik ada yg lebih besar umurnya dari awak ..
btw tahniahlah bakal dapat MB baru!!
To Sharamli
Teman kecik2 dulu prefer lebih pada mandi sungai dan parit ayor
To Mem-Besar
Terima kasih Puan.. harap2 politik dan keamanan Perak kembali kepada BN
Assalamualaikum,
Dulu dulu Mak Cik ada SATU pasang kasut Bata sahaja kesekolah untuk dua tahun!! Kena jimat cermat.
Amat menghargai kasut sekolah kita.
baling duit aku sambut....bleh buat beli rokok..huhhhuuu
To Makan Nasi
Aduh, marilah kita berhenti membeli rokok
Post a Comment