29 January 2009

Tahyul

Hantu atau momok sering menjadi ikon pada alam ghaib selain yang kita tahu seperti En. Satan serta bosnya Iblis. Tidak le keterlaluan jika dikatakan hantu sering menjadi igauan dan ketakutan bagi sesetengah pihak yang takut. Di negara ini cukup terkenal dengan hantu2 yang fames seperti Langsuir, pontianak, Toyol dan macam2 lagi lah. Semua hantu ini ada ceritanya masing2. Mengilai dan terbang dari satu tempat ke tempat yang lain sering menjadi isu orang yang melihat dan mengalaminya sendiri.
Di Malaysia ini juga tidak ketinggalan teman lihat suke buat cite seram dan tahyul ni. Kalau nak lagi seram leh le tengok cite dari luar negara. Tapi bukan senang nak masuk pawagam kite.. Tapi bagi teman itu hanyalah sebagai hiburan dan mungkin terdapat masej yang hendak disampaikan oleh penerbit.
Sebenarnya cerita2 seperti hantu ini adalah tahyul semata dan riso akidah kite umat islam akan terjejas setelah mendengar, dan menonton cerita hantu sebegini. Tambahan pulak bagi budak2 berhingus yang cume tahu ape yang diorang lihat. Menanamkan rase takut kepada hantu atau momok nie.. tidak pulak mereka sedar bahawa tiada kuasa dan zat yang kite patut takut selain Allah s.w.t yang menciptakan setiap sesuatu dalam alam ini. Tapi tidaklah teman menafikan kewujudan mahluk2 sebegini. Mereka tetap ada dalam pelbagai rupa dan kelaku. Ada yang islam dan ada yang kafir. Namun ini adalah satu dugaan kepada kite umat manusia untuk menilainya.
Namun satu kes lagi Hantu/momok @ semangat sering dijadikan sumber ekonomi. Kegiatan "mengangkung" sering jadi trend pada mereka yang ter"over" dalam mencari rezeki ni. Tidak habis berjudi, boleh juga meminta nombor ekor pada mahluk2 sedemikian itu. Nie boleh bawa kepada syirik ni.. menduakan Allah dalam hal2 begini. Berdosa usah dikirele..
Tapi janganle kite terlalu berani bile disebut atau kelihatan bende2 macam ini.. tapi jangan kite terlalu takut pulak.. Riso2 nanti meracau tibe2 (histeria).
Apa-apa pun segala kesulitan dan kesenangan biarlah kita memohon kepada Allah s.w.t sahaja. Tidak perlu minta pada yang tahyul mahyul ini.

P/s: 6 tahun yang lepas, depan masjid atas tiang letrik TNB. Teman berlalu laju....

20 comments:

razor said...

adakah entry ini kerana malam episod akhir puaka niyang rapik? haha.

aku adalah penggemar cerita hantu. siyes. kemaruk betul nak dengar citer hantu. tapi skang dah takde geng.

mmg betul apa yang ada kata. takut hantu tu membuatkan kamu menduakan Allah. sebab Dia yang kita kena takutkan. na'uzubillah.

anyway, arwah ayah saya juga pernah dilihat di tepi jalan tempat arwah kemalangan dulu.

Pok Li said...

Percaya bila malam

BudAk hijAu said...

asal nk wat entri hantu gk nie...aku terpengaruh oleh kokah...?hahahha..

CIVIC Power said...

To Razor

Teman dapat ilham dan teringat biler tengor Wirna malm tadi.

CIVIC Power said...

To Pok Li

Malam buat kita berjaga2..

CIVIC Power said...

To budak Ijau

Saje teman wat en3 ni, hantu pun kire nak expose jugak..
Ada kekalutan sdikit

nazirul mubin said...

best ape ada hantu..hehehe
ALLAH Xpnh sebut pun tntg hantu kt kita kn...manusia agap antu..
kita kot hantu...biar la diaorng ngn fhmn diorng..
slm perknln

melayuangkat said...

Assalamualaikum anakku,

Memang jin pun makhluk Allah swt, orang Melayu kategorikan jin jin di Alam Ghabi sebagai hantu siap dengan nama mereka masing masing.

Top of the chart adalah Hantu Raya.
Sejak Mak Cik kecil kecil lagi orang Melayu selalu sebut Hantu Raya. Si anu tu bela hantu raya..
macam macam. Walaupun kita budak budak masa tu langsung tak faham apa yang mereka maksudkan.

Jadi, nak kata Tahyul pun mungkin betul mungkin tak betul. Sebab rukun Iman juga percaya pada yang Ghaib. Tetapi seperti yang kamu saranankan ada juga yang 'menyalah gunakan" benda benda ghaib ini untuk kepentingan mereka.

Inilah Manusia. Semua mereka nak ambil kesempatan. Makluk Ghaib pun mereka kacau. Mereka gunakan kuasa Ghaib kerana kurang percaya doa mereka mustajab. Mereka mahu senang cepat. Short cut to everything.

Dimintakan kita semua dijauhi dari perbuatan keji yang mendatangkan dosa pada diri kita.

@mEL!A said...

yang pasti ending puaka niyang rapik smlm macam tak best jer...
sebenarnya hantu tu mmg wujud..tapi itu adalah jelmaan syaitan...

CIVIC Power said...

To MelayuAngkat

Tulah Puan, kite kerap alpa dalam hal macam ini. Tahyul dan bidaah semata bila dikatakan hantu boleh membantu manusia kearah kebaikan.

CIVIC Power said...

To Nazirul Mudin

Benar yang yoep katakan tadi. Bahasa dan perkenalan masing. Orang putih panggil ghost.
Ada juge orang berperangai cam En. Satan

CIVIC Power said...

To Amelia

Jin memang wujud, dia juga datang dari cahaya(api) hanpir sma dengan malaikat. Cuma jin boleh berupa bermacam2.

jejakaterang said...

den kalu bab antu ni cukup den goma boto.bukan apo antu sekarang cantik-cantik tak cam antu dulu ....fuh mengerikan.mirna semalam pun cantik juo..tu yang minat tu.


apo-apo pun ingatlah kito lobih mulia dari mereka di pandangan Allah(tu pun kalau ikut al quran dan sunah).kito akan lobih hino dari mereka jiko menyimpang dari ajaran Allah

CIVIC Power said...

To jejakaterang

Hah betulah tu yeop. Klu kite x beramal maka lebih kurang le kite macam antu raye..

-Sejahat2 Jin, Sebaik2 manusia,
-Sejahat2 manusia, sebaik2 jin.

Jangan ikut jalan firaun lahnatullah.
Tempat dia dibawah syaitan di neraka nanti.

mugiwara said...

bederau darah aku tgk gmbo tu muncul tibe2....
dh la nk maghrib ni...
aku sorg2 lak...
arr....kne crik org temankn g masjid...
kamu le nie yeop!

CIVIC Power said...

To Muniwara

Ala yoep, mike nie takut benor.
Tu gambar wirna tuh..
scene blakang lampu
muehehe!

fahana_ann said...

can not go ceriter2 seram..huhu
kekadang rasa kuat bila ingat Allah bersama kita tetapi meremang gak...

sharamli said...

mengangkung tu apa...
tnm kangkung erk...

CIVIC Power said...

To farhana_ann

Tule, cite antu nie klu boleh kite buat sedang2 aje.. Nak takut tidak.
Nak berani pun tidak.
Angap bende nie biase.

CIVIC Power said...

To Sharamli

Mengangkung @ Mengankong adalah dari perkataan suku Melayu banjar.
Membawa maksud atau ertinya sedang mencangkung sambil memuja/ mahluk ghaib untuk meminta pertolongan(nombor ekor).
Kegiatan ini adalah syirik.
So jangan dibuat. Klu nak duit boleh pinjam Bank Rakyat. Saya mesti piley!
Wallahualam..