Ini bukan entri memboikot, hanyalah bertujuan untuk mengigatkan saudara teman sahaja. Bagi mereka yang bukan non muslim. Sila abaikan namun untuk kebaikan diri tidak kisah juga untuk diambil kira.
Arak, alkohol ataupun minuman keras adalah minuman yang tidak baik pada kesihatan manusia yang meminumnya. Peminum dipercayai akan mengalami emosi yang tidak menentu dan boleh dikategorikan sebagai mabuk. Bagi yang beragama islam, meminum arak walaupun setitik adalah dikira berdosa besar. Inikan pula meminum sebotol. Udah x terkire "beban"nya tuh. Sering kita dengar kempen "katakan tak nak pada rokok" tapi tidak pernah dengar lagi "katakan tak nak pada Arak". Tapi teman bukanlah agensi nak tubuhkan kempen tersebut. Hanya suke mengigatkan saudara-saudara teman sahaja. Jangan amik ati ye..
Entri ini juga teman kuarkan atas pembacaan teman terhadap satu kes di Malaysia baru-baru ini. Berita Harian 23 Januari 2009 muka 18. Seorang ibu tunggal mendakwa diperkosa dan dirogol oleh seorang lelaki merangkap tetamu beliau yang telah mabuk setelah meminum tuak.
Ibu tunggal tersebut telah mengadakan jamuan minuman tuak dan ramai le tetamu datang. Namun rasa seronok bertukar menjadi tragis bila ibu tersebut dijadikan mangsa rogol oleh seorang tetamu tadi. Maka terkanjei lagilah ibu tunggal itu. Adeh..
Namun kejadian rogol itu disedari oleh mangsa setelah bangun dari tidur. Dia mendakwa berkhayal dan dibawa masuk oleh perogol tersebut kedalam bilik sebelum dirogol. Laporan telah dibuat di pejabat polis ditempat beliau. Hai.. mengeluh teman. Ropenye dia pun minum juge.
Bukanlah tujuan teman nak mengaibkan ibu tunggal tersebut, tetapi bertujuan untuk membuktikan bahawa arak itu membawa kepada kejahatan yang kita sendiri tidak sedar bila melakukanya. Mabuk dan berkhayal membolehkan pemabuk melakukan apa sahaja diluar batas kemanusiaan. Ada lagi pelbagai kes yang terjadi terhadap mereka yang suka mabuk arak. Kerap memukul dan mencederakan ahli keluarga dan ada juga yang merogol anak sendiri.
Maka teman dengan rase rendah dirinya menyeru kepada saudara-saudara teman agar janganlah kita terjebak dengan arak ini. Kerana arak adalah raja segala kejahatan. Maka "Katakan Tidak kepada Arak" dan jangan le kite meminumnya..
P/s:- Tuak juga boleh diklasifikasikan dalam keluarga Arak. Minum sikit x jadi ape, tapi lame2 mabuk juge...
15 comments:
salah ibu tunggal tu jgk..sap0 s0h wat jamuan cmtu...acu wat jamuan mkn laksa..sdp gk tu...hua3...
To Sharamli
Tulah arak nie menyusahkan mereka dan keluarga mereka juge..
makan laksa kuale kangsor.. uih teman x tahan
argh...kals0 penang lg sedap...
hua3...
[sudah tersasar dari title arak..ayuh lupakan laksa]
kals0?
salah2...LAKS0...hik3
To Sharamli..
Ape yong mengarut nie.. teman kuar entri pasal arak.. Mike cite pasal laksa. Teman tak lagi wat entri boikot laksa nie.. kui3x!
wat cit0 laks0 tubik cit0 lain plk kegi...
smyg jumat nuh
Kempen baru selepas kempen anti Rokok :)
To Pok Li
Oleh itu jgn le kite minum arak kerana arak itu minuman En. Satan,
klu kite minum.. En. Satan nak minum ape..
(lagu senario)
tuak memang memabukkan.. salam jumaat civic power..
To En_Me
Tule en me.. ate jangan le diminum tuak tu.. minum le ayor sirap x pun ayor cendol lembah Kuale Kangsor..
Salam Jumaat juge buat mike
yang pelik kalau orang islam pun selambe dek je teguk ayor setan tu..huhu..sedapnyer laksa..air sirap pun boleh tahan..kena pulak dengan ais..hehe
Assalamualaikum anakku,
Arak IBU segala kejahatan!!
To Fahana_ann
Tu le yong, tu yang sedey tuu..
To Melayuangkat
Betul tu makcik, Arak adalah ibu bapak segala kejahatan.
"Katakan Tak Nak!" pada Arak.
tahniah bro!!
ngeeeee~
To Budak Hijau
Tahniah juge buat mike!
Ngeee~
"Katakan Tak Nak!" pada Arak
Post a Comment