28 January 2009

Seksa Kubur


Bila terlihat kepada gambar disebelah ini, teman tadi hanya terdiam seketika. Bukanlah insaf atau meratap kesedihan. Cuma terdiam dan terus membaca potongan ayat yang ditulis di artikel tersebut. Ni le lebih kurang sinopsisnya
" Tanda Kekuasaan Allah- Wujudnya seksa kubur"
Mayat itu sebenarnya adalah seorang remaja dari Oman. Remaja ini meninggal dunia dalam usia 18 tahun dan meninggal di rumah sakit mungkin kerana ajal dan tidaklah kerana kemalangan jalan raya.
Selepas dikebumikan, keluarga mayat tadi meminta untuk digali kembali kubur anaknya itu kerana tidak berpuas hati diatas diagnosa yang dibuat oleh doktor. Mayat digali semula selepas dikebumikan selama baru 3 jam.
Maka terlihatlah mereka akan mayat anak mereka yang dilihat seperti sudah tua dan penuh dengan kesan luka dan hentaman serta pukulan yang kuat yang menjadikan tulang-tulang tangan dan kaki hancur dan patah. Tengkorak pada wajah mayat juga kelihatan seperti dihentam dengan benda yang keras dan kuat. Rambutnya yang dahulu hitam kelihatan seperti sudah beruban walaupun mati ketika umur 18tahun dan baru 3 jam dikebumikan."
Foto tersebut adalah ehsan dari keluarga mayat. Apa yang diperkatakan oleh waris mengenai anak mereka selama hidupnya adalah anaknya menjadi liar, tidak bersolat, melakukan dosa dan maksiat dalam hidupnya yang bebas.
Bukanlah niat teman nak mengaibkan keluarga beliau dan yang terlibat, hanya untuk berkongsikan maklumat dan cerita kepada taulan dan saudara teman. Bukan juga mengatakan teman ini baik dan warak. Teman juga ada En. Satanya.. Tapi itulah tadi, kebesaran dan kekuasaan Allah dalam menghukum hambanya yang berdosa, dan alam kubur atau barzakh itu benar, seksa kubur itu benar. Mungkar dan Nangkir itu juga benar. Masa kita semakin suntuk, tidak kira muda dan tua, mati tetap akan menjemput kita. Siapkanlah bekalan kerana perjalanan kita "terlalu jauh".
Semoga kita diberikan kesihatan dan dimurahkan rezeki untuk kita menjalani ibadah seharian.
Wallahualam...

P/S: Kubur itu sempit dan gelap, tiada kawan dan keluarga. Hanya ada kita dan ibadah yang dibawa sebagai bekalan. Semoga kita mati dalam iman dan islam. Amin..

8 comments:

jejakaterang said...

Bona segalo nyo bona.yang tak bona eaa adolah kito yang sering mencarik alasan untuk mengelak yang bona tu.

CIVIC Power said...

To jejakaterang

Biso Bonar

RY said...

insaf.

mati itu benar.

seksaan kubur itu benar.

CIVIC Power said...

To Razor,

Marilah sama2 kite mengubah mane2 yang belum diubah (yg laghro)

azlishukri said...

Allah menunjukkan kekuasaanNya

CIVIC Power said...

To MAS

Semoga kita dilindungi oleh Rahmat dan InayahNYA.

fahana_ann said...

mengerikan bila tengok gambar ni...keadang terlupa terleka..pengajaran untuk kita yang masih hidup

CIVIC Power said...

To Farhana_ann

Banyak lagi yong gmbr2 yang menunjukan kekuasaan Allah s.w.t,
kat mane2 laman web ada..
insyaallah..