02 January 2009

Islamku sayang

Allah S.W.T tidak mahu umat-umatnya bermusuhan sesama sendiri. Bahkan kita dituntut untuk tidak memusuhui agama dan kepercayaan lain selain Islam di dunia ini.. Tapi apa yang kita lihat dari dulu sampai sekarang. Umat Islam dan Islam serta RasulNYA sering kali ditindas dan dihina dalam pelbagai rupa dan kelaku.

Teman cukup kecewa dan sedih dengan apa yang terjadi kepada saudara-saudara kita di Palestin dan beberapa lagi negara-negara arab yang selalu di kecam dan berada dalam ambang peperangan. Beribu-ribu dan berjuta umat islam telah mati dibunuh kejam oleh kekejaman Israel dan sekutunya.. Apalah salah mereka sampai di perlakukan seperti itu..
Dikatakan puak pelampau oleh Bush, di cop sebagai Terorist oleh sesetengah pendapat lain.
Akan tetapi adakah benar semua itu.. Lain yang di dengar lain yang dilihat!


(Kekejaman Rejim Israel terhadap kanak-kanak dan wanita Palestin)

Tidak habis di situ, Islam turut dikecam dengan perihal sebegini...




Penghinaan terhadap Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W seperti gambar diatas cukup membuat hati teman "terbakar" dan amat kecewa dengan tindakan orang yang tidak bertanggungjawab ini. Beginilah kecaman yang dirasai oleh sekelian umat Islam di seluruh dunia.
Dikhabarkan bahwa perbuatan seperti ini hanyalah hendak menjatuhkan maruah dan kepercayaan umat Islam terhadap junjungan dan rasul mereka.
Ini tidak harus berlaku di dunia ini. Hentikan semua ini!

Walaupun teman tidak mempunyai pangkat dan kuasa, tidak punya wang dan harta. Tapi teman menyeru sekalian umat Islam di seluruh dunia agar tetaplah dengan agama suci ini. Kekal dan matilah dalam keimanan dan ketakwaan kepada Allah S.W.T. Walaupun pedih dan getir, walaupun dihina dan dicaci. Sesungguhnya Islam itu selamat di dunia dan akhirat.

ALLAHUAKBAR! 3x

2 comments:

fahana_ann said...

sy link blog ni..em.islam agama bongsu yang paling cepat berkembang.dicemburui agama lain yangtidak dapat menerima akan kebenaran islam..Allah akan bersama mereka para mujahid..dan mohon agar menetapkan hati2 mereka juga kita di sini...amin
Aku sayang islam..sayang allah..sayang muhammad s.a.w!!!

CIVIC Power said...

Terima kasih cik Farhana_ann ats komen anda..

Semoga kita mati dalam iman dan takwa kpdNYA.
Tetaplah dengan islam agar kita selamat dunia akhirat