Teman terbaca blog dan surat khabar hari ini.. Sekali lagi isu seperti ini ditimbulkan lagi. Pada penyokong beliau tentunya bersetuju dengan pendapat dan "fatwa" yang baru keluar dari mulut beliau. Tapi pada yang "terkena" pasti berasa marah dan tidak puas hati mendengar kata-kata tersebut dilemparkan kepada parti mereka dan penyokong-penyokongnya.
Aii teman baca lagi dan baca lagi.. Isu seperti ini teman dah dengar semenjak tahun 1998 lagi..
Menjatuhkan hukum haram dan neraka serta kafir kepada orang lain.. dan adakah semua itu dilakukan hanya untuk politik? Teman ada juga bertanya kepada sahabat teman yang menyokong parti tersebut. Dia pun tak setuju atas apa yang dinyatakan sedemikian.. tapi bila teman tanya kenapa sokong? Dia jawab "entah"... hah tu la sesetangah belia skang ni.. ikut-ikutan aje.. lantaklah..
Tapi pada pendapat teman lah, tak tahu pendapat orang lain..
Tak perlulah menjatuhkan segala hukum kepada orang lain seperti kita pula yang akan menentukan kemana hala tuju mereka selepas mati.. Andai menyokong beliau masuk syurga.. kesian pula pada teman yang tidak menyokong mana-mana ni.. dan macam mana pula dengan mereka yang menyokong parti bebas tu? Kemana mereka nak tuju?
Maaf jika post teman mencuit hati mahupun membakar api..
tapi itu hanya pendapat teman sahaja..
Wallahualam
Handphone Tidak Berbunyi Lagi
3 years ago
6 comments:
manusia mmg cpt menghukum 0rg atas kesalahan
Tuding jari sana sini.. aii kesian orang kene label kafir dan yahudi pun ada...
agree.!
kenapa senang nk jatuhkan hukuman, masing2 dah besar, kata org bijak pandai agama lagi, terang lagi bersuluh, ajal maut, neraka syurga, tuhan tentukan, bukan hak manusia untuk menilai. musykil bukan.
if bukan org bijak pandai agama pun, budak tadika boleh jawab soalan, siapa yang tentukan syurga neraka, n sy pasti, jwpn mereka bknla politician, ttp, tuhan yang satu. :)
To Fatin Nabila
Tu le teman nak cite tu.. Jgn lah kerana berasa diri terlalu "islamic" sehingga boleh meletakkan orang lain ke Neraka..
Bagi saya ,awak kurang mendalam tentang ilmu agama. Mereka berhujjah bersandarkan apa yang telah diputuskan oleh Al Quran dan Hadis dan kita siapa untuk menyatakan mereka tidak layak untuk memberikan fatwa.
Dalamilah pengajian ilmu agamamu, mudah-mudahan Allah memberikan hidayah padamu untuk melihat bahawa "Yang Batil Itu Batil , Yang Benar itu Benar "
Penerangan Pengkalan Hulu....fikiran anda masih cetek...walaupun berhujah bersandarkan al-quran dan hadis,manusia adalah TIDAK layak untuk menentukan yang seseorang itu kafir @ islam mahupun syurga @ neraka balasannya...itu kerja tuhan,bukan kerja manusia...apabila manusia cuba menentukannya,manusia itu sudah cuba mangambil kerja tuhan,apekah hukuman untuk itu???
Post a Comment