14 January 2009

Kemana Melayu... Dimana silapnya


Melayu sebuah bangsa dan keturunan yang besar di Malaysia dan mempunyai rumpun di Asia sendiri. Melayu mempunyai adat resam dan bahasa yang tersendiri. Umat Melayu lebih sinonim bila dikaitkan dengan agama Islam. Bak kata Laksamana Hang Tuah " Tidak Melayu hilang di Dunia".
Semalam teman bersembang-sembang dengan seorang senior pada teman. Sahaja membuka pertanyaan tentang kedaulatan melayu di tanah sendiri. Sahaja mengenangkan nasib bangsa melayu di bumi sendiri. Kami bersembang bagai tidak akan keluar kerja pada keesokan harinya. Saling bertukar pendapat dan pandangan mengikut pemerhatian masing-masing. Kami berkisar tentang isu Bahasa Melayu yang dikatakan bahasa rasmi di Malaysia.
Pada pandangan temanlah, rasmi itu tidak lagi sedaulat dahulu. Bahasa Melayu kini yang teman perhatikan hanyalah diguna pakai di majlis-majlis yang melibatkan melayu, bahasa melayu cuma diguna pakai pada pekara yang ada kemelayuannya. Tidaklah digunakan secara menyeluruh dan serasmi-rasminya di Malaysia. Dalam pada itu teman ada juga bersetuju tentang sesetangah pendapat supaya membubarkan sahaja PPSMI dalam pengajian di Malaysia ini. Bukan menolak kemajuan berbahasa inggeris tetapi cuba menghidupkan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi. Ikutlah resmi Indonesia. Memartabatkan bahasa Melayu indon mereka dalam banyak hal. Berita, iklan, drama kebanyakannya bahasa melayu indon. Barulah rasmi kiranya.
Tetapi di situ teman pelik dan hairan kenapa PPSMI masih lagi dipertahankan?


p/s: Susah nak jumpa makcik kuih buat "kuih gelang", rata-rata ramai yang buat kuih "doughnut".

4 comments:

jejakaterang said...

Melayu tak kemana-mana.masih ditakuk lama,cuma ada peningkatan sedikit yang boleh dibanggakan.kurang kan mengutuk perangai orang melayu!sebut yang baik-baik tentang orang melayu kerana sebenarnya itu adalah perang saraf yang boleh mengidentitikan lebel melayu itu.Orang melayu yang busuk hati sesama sendiri dah lama mati tak berkubur,orang melayu yang tak pandai berniaga dah lam lari ke afrika jual cendol,yang tinggal kat malaysia sekarang adalah orang melayu yang bijak-bijak dalam segala segi dan bidang

CIVIC Power said...

Terima kasih tuan jejaka..

Susah nak kata.. betul juga..
tapi hakikatnya itulah dia

fahana_ann said...

pasal PPSMI ni aku rasa ada pro dan kontranya...aku tengok adik aku macam ok jek..aku rasa,masing2 sama2 ingat akan sejarah,akan jati diri.Panjang kalau nak diulas dan,ianya dah pun dilaksanakan,nak patah balik???
ingat jati diri wahai melayu,wahai islam..

CIVIC Power said...

To Farhana

PPSMI memang bagus cuma terasa seperti membunuh bahasa sendiri. :(