15 January 2009

Ibuku Sayang

Hampir 3 tahun arwah ibu teman meninggalkan teman dan adik, & sepanjang itu juga teman terasa sunyi bila ayah teman turut meninggalkan teman adik beradik. Tapi tidaklah tergambar kesedihan ini jika dibandingkan dengan kanak-kanak di Palestin yang menjadi anak yatim piatu kerana kematian ibu bapa mereka kerena kezaliman dan kebangsatan rejim Israel itu. Namun kesedihan tetap teman rasai hingga kini, lebih memilukan apabila menjelang aidilfitri yang sudah 3 kali teman sambut tanpa bersalaman dan bermaafan dengan ibu teman.
Benarlah kata orang, ketika mereka masih ada.. kita buat tidak peduli.. tetapi bila mereka sudah tiada baru kita mengerti betapa bernilai dan berharganya mereka buat kita. Ibu adalah insan yang 3 kali ganda nilai hormatnya melebihi seorang bapa. Kerana dari rahim ibulah seseorang insan itu lahir di dunia. 9 bulan ibu menanggung derita dan saratnya mengandungkan teman. Terpaksa dibedah kerana teman anak sulung. Tapi kadang-kadang teman alpa dan terlupa, teman marah dan biadap terhadap ibu teman. Kerana mengikutkan amarah darah muda berhinggus maka kurang hajarlah teman terhadap ibu teman. Memang celaka sikap teman itu.
Namun bila dia sudah tiada, teman merasakan betapa teman berdosa dan bersalah kepada ibu teman.
Ibu adalah simbolik syurga buat anak, ia bukan harta dalam dunia. Tetapi ibu adalah kurniaan Allah swt yang tidak terhingga. Kerana ibu dan bapa hanya harta dan kurniaan yang tunggal buat insan di dunia ini. Tidak boleh disamakan seseorang ibu kandung itu dengan ibu tiri, ibu angkat, ibu mertua juga. Kerana ibu kandung teman yang mengandungkan dan melahirkan teman. Dari rahimmnya juga teman keluar dan melihat dunia ini. Alfatihah buat ibu teman tersayang Norhayati Bt. Salleh. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya. Amin.

p/s: Jagalah hati ibu, jangan terkasar dan melukai hati mereka walaupun sedikit. Kerana tiada alasan seorang anak itu untuk melawan ibunya. Sayangilah dan curahkan kasih kepada ibu bapa kita selagi mereka ada.

17 comments:

jejakaterang said...

Al fatihah untuk ibu mu dan ibu ku,kita sama je sebab kita orang-orang yang telah dahulu kehilangan ibu.benar kat mu itu kehilangan akan terasa apabila sesuatu itu telah hilang dari kita,tak kira apa pun,kehilangan akan kita rasai apabila ia berlaku ,bukan ibu saja tetapi ayah,kawan,kekasih.semuanya akan meninggalkan kesan

CIVIC Power said...

Terima kasih tuan jejaka

teman kuarkan entri ini hanya nak mengigatkan mereka yang masih ada supaya menjaga sebelum tiada.

Anonymous said...

'Syurga di tapak ibu'...memang pengalaman yang memilukan...harap kisah ini akan membuka mata insan yang lupa akan bakti seorang ibu.

CIVIC Power said...

Terima kasih buat Awan Putih

Sememangnya itulah harapan teman nak cerita pengalaman teman kat kawan-kawan. Harap kalian ade cite nak kongsi juge.

RY said...

'ayah dah ibu
itulah permulaan kami
dapat melihat bulan dan matahari..'
~ayah dan ibu ~ arwah sudir

sobsobsob


nyway, jgn derhaka!
walau berkata ah!

sharamli said...

alfatihah..
sem0ga arwah dicucuri rahmat..

CIVIC Power said...

To Razor

Ibu, ibu, engkaulah ratu hatiku..

Lagu Fernleane dolu2

CIVIC Power said...

To Sharamli

Trimas, harap ibu berbahagia selalu

Fatin Baharum said...

u..
bila baca, jadi sedih..
sy pon, kdg² melawan..
alaa.. rindu ibu.. ;(

Pok Li said...

Ibu yang tiada dua tiga. Hanya ada ibu jari.....

CIVIC Power said...

To Fatin

Begitulah kita dgn ibu.. maka minta maaflah dgn dia.

CIVIC Power said...

To Pok Li

Hehe mujur le ade ibu jari lagi..

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

ADINDA...

OTAI PUN DAH KETIADAAN IBU MAKA SAMA LAH RASA APA YANG CIVIC POWER RASA TU........

TAPI MASIH ADA IBU PADA ANAK2 OTAI...SORANG SAJEE... TAU!

ALFATIHAH.

fahana_ann said...

ibu jari tak sama macam ibu kandung..hehe
aku pun kkadang terlebih gurau bimbang hatinya terusik.tapi mak tu kadang2 sporting habis sebab tu nak bergurau pun macam membe.Cuma takut tak sedar terleps cakap.
Trharu bila minta maaf kat mak dia kata."kalau tak minta maaf pun,mak maafkan"huhuhu..mau tak mengalir air mata..hehehe
moga arwah ibu CP dicucuri rahmat dan dikalangan orang yang beriman..
arawah isteri abah yang pertama,meninggal sebelum abah kawin dengan mak aku,tapi aku sangat sayang arwah ibu..moga allah redhai arwah..amin

CIVIC Power said...

To Farhana

Terime kasih le doakan emak teman cam 2. Harap kite sumua lepas nie pandai jage hati ibu kite. Bagi yg ada anak da tu kite kene juge jagi hati ibu kepada anak kite.. hehe

fahana_ann said...

huhuhu..ayat berbelit yang maksudnyer satu jek..huhuhu..wat nak tergelak jo

CIVIC Power said...

To Farhana_ann

Yong memang bijak dalam menafsir ayat teman.. Chayok2x!