16 December 2008

Bush dengan Kasut

DIAIBKAN... (Gambar besar) Muntadar Al-Zeidi bangun secara tiba-tiba dari tempat duduk bahagian pemberita dengan memegang kasut di tangan kanannya ketika Bush dan Perdana Menteri Iraq, Nuri Al-Maliki mengadakan sidang akhbar bersama di Baghdad, semalam manakala gambar di bawah (dari kiri ke kanan) dia melontar kasut ke arah Bush sambil melaungkan “Ini kucupan perpisahan untuk kamu, anjing! Ini salam perpisahan daripada balu, anak yatim dan mereka yang terbunuh di Iraq.” Bush mengelak kasut yang dilontar dan berselindung di sebalik rostum ketika Muntadar mencapai satu lagi kasutnya sebelum melontar ke arah Bush sambil diperhatikan oleh Nuri Al-Maliki yang tergamam. AP

Petikan dari Utusan Online 16/12/2008

P/s: Tindakan Wartawan dari televisyen Al-Baghdadia, sebuah stesen milik Iraq berpangkalan di Kaherah tempoh hari sememangya menunjukan kebencian yang mendalam terhadap BUSH yang memulakan genjatan senjata di IRAQ. Ramai warga iraq yang beragama islam yang tidak berdosa terbunuh dalam perang tersebut yang melibatkan orang tua, perempuan dan kanak-kanak yang bukan dari anggota tentera, kerana kerakusan BUSH untuk memiliki "TANK" minyak IRAQ. Alasan kerana terrorist. Siapa yang terrorist? BUSH itu bapak segala TERRORIST!

ALLAHUAKBAR3x!

8 comments:

Aiman said...

bush dengan kasut amat sepadan...namun bush dengan kasut yang dibaling kepadanya menunjukkan betapa mereka yang membaling tidak punya diplomasi dalma kehidupan dan terburu buru.

moral nyer: bush dan kasut adalh sama setara dan, pembaling dengan kasut pun sepadan.

CIVIC Power said...

Terima kasih En. Amir dengan komen anda.
Agak2nye lah, klu kasut tadi di gantikan dengan MK-47 x pun Styer Aug? Urmm...
Kemungkinan Wartawan itu berasa sangat marah trajedi yng menimpa negara beliau. Iyelah, diakan wartawan.. mgkin hari2 dia dok wat liputan tntng perang di iraq. Sama2 ikut dia punya Photographer tngkap gmbar mayat2 yng mati di IRAQ akibat perang dulu. Tu yang emotional tu..
tapi apa yng di mampu lakukan hanya sekadar baling kasut aje. tapi 2 di kira keberanian yang paling besar buat saya pada dia kerana dia berani kerana benar!

Hatake Kakashi said...

boleh dikatakan seluruh rakyat di dunia ini membenci Bush atas tindakannya...termasuklah jugak wartawan Iraq tersebut...keganasan yang dilakukan oleh Bush keatas penduduk Islam dunia memang sesuatu yang melampau...sedangkan mahkamah dunia sekalipun tidak dapat mendakwa bush di atas keganasan yang dilakukan...jadi insiden baling selipar ini tidak setimpal dengan jenayah yang telah dilakukan Bush...fikir-fikirkan

CIVIC Power said...

Terima kasih juga buat Shaz atas komen anda..

Kita umat islam patut berasa kesal dan kecewa dgn Syaitan BUSH atas tindakannya menghancurkan umat islam dunia.

p/s: Klu la kene tepat kasut tu kat muka BUSH lain pulak ceritanye.. Kui3x!

My Name Is Han said...

sibaik kasut besa2 je,
kene kalu dia baling dgn doc mart steeltoe ke, red wing ke...
pastu kene kat kepala bush tu..
huhuhuhuhara..!!

CIVIC Power said...

Terima kasih kepada En. abcdeath ats pandangan anda.

Tidak kisah la kasut cap apa sekalipun, yng difamhkan tindakan wartawan itu seperti menghina dan mengaibkan bekas presiden Bush itu di mata dunia. Ramai mngataknan tindakan tu sebagai satu kelucuan dan ada juga mgtakan ianya tidak profesional. Apa2 pun pandangan dunia. Pasti ada segelintir yng menyokong dan membidas tindakan wartawan tersebut sekaligus sejarah kekejaman BUSH.

Pok Li said...

Tindakan yang berani. Tapi sudah terlambat. Iraq sudah pun terjajah oleh kongkongan kuasa besar. Pemikiran yang waras dan mempunyai strategi sahaja yang mampu mengalahkan kuasa besar bukan dengan emosi.

CIVIC Power said...

Terima Kasih Pok-Li diatas komen anda.

Benar dan saya sokong komen Pok-Li, Iraq sememangya perlu bangkit semula jika mahu negara mereka dikuasai oleh bangsa dan pemikiran sendiri.