01 November 2009

Kerana cinta

Sudah lama berkenalan, sudah lama berkawan, akhirnya bercinta, usaha menjaga hubungan sebaik mungkin, tidak berlaku curang atau gatal-gatal kulit.
Sudah berjanji untuk mendirikan masjid impian. Sudah bercadang berjumpa keluarga, sudah beli cincin belah rotan sebagai tanda.
Namun semuanya hampa belaka.
Cinta yang selama ini ditatang bagai minyak tak tumpah akhirnya tumpah jugak. Kasih yang sekian lama dipupuk akhirnya dimasuki bubuk macam dalam beras tu. Tak elok untuk dimasak jadi nasi. Nasi da jadi bubur....
Cincin tanda sudah dibeli, namun tak da siapa nak pakai lagi dah.. dan si dia pun tak berpeluang merasa memakai cincin tersebut setelah dia menyarungkan cincin pertunangan, tapi cincin dari pihak orang lain.
1) Kerana cinta orang boleh jadi kaya raya:- Taj Mahal.
2) Kerana cinta orang boleh jadi miskin papa kedana:- Kasim selamat.
3) Kerana cinta orang boleh sakit otak:- "Orang-orang bahgia".
4) Kerana cinta jugaklah orang dikecewakan.
Ada yang bagi alasan "tak da jodoh, ang sabaq ja la..." tapi tu orang kata, kata memang senang, yang menangung tak senang duduk ada la..
Aii apa-apa pun teman gembira sebab kalau tengokkan post yang lalu itu menandakan dah berbulan teman tak update blog teman.. kini teman kembali dan ingin membawa banyak cerita baru buat kawan-kawan blogger semua. Muehehe!

8 comments:

sharamli said...

gamb0nye mcm tensi0n je?
entry pasal cinta..ha3

penumbok dinding said...

pehhhhh...
wan dilamun chenta..
hihihi!!
siapakah gadis yg bertuah tu eh..

.fatin nabila. said...

sape yang xde jodoh nih? kamu ke? if kamu, sabar ajelah ea.

CIVIC Power said...

To Sharamli:-

Begitule nampak gayenye

CIVIC Power said...

To Penumbok dinding

Sape yang dilamun cinta?
Teman idak lagi

CIVIC Power said...

To Fatin Nabila

Berat mata memandang,
Berat lagi bahu memikulnya..

Macam mandor tengok anak buah
pikul sawit

@mEL!A said...

ishk2 wan nih cakap macam dah ada pengalaman jer

jejakaterang said...

den ni yang lomah ni,kau kan orang jantan,hilang sorang cari 4 lai,apo susah....