02 December 2008

Salam Perkenalan



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

buah cempedak diluar pagar,

ambil galah tolong jolokan,

aku budak baru belajar,

kalau salah tolong tunjukan..

Nie lah ari pertama aku buat blog kat blogger. Asalnya teringin nak ade blog sendiri lepas tengok blog orang lain yg "top". Aku x de berniat nak jual barang x pun jual diri kat sini.. cuma hasrat nak menyampaikan informasi yang berguna buat tatapan, pengetahuan, pedoman dan apa sahaja yg baik dijadikan teladan dalam kehidupan harian buat semua. Dunia kita kini hidup dalam zaman teknologi yg pesat membangun dan meluas. Penggunaan IT dalam penyebaran maklumat kian hebat dan relevan sehingga kini. Maka x salah aku gunakan sebagai satu lagi cabang penyebaran informasi di dunia IT selain email.. Hahaha boleh ke? Ahh pe kire, x boleh aku bolehkan jugak..

No comments: